Bantuan PKP 3.0: Senarai bantuan PEMERKASA Tambahan

0 2,692

Berikutan kes wabak pandemik yang meningkat begitu mendadak pada awal pada 28 Mei 2021,erajaan telah membuat keputusan untuk melaksanakan Lockdown Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021. Dalam tempoh ini semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang disenaraikan Majlis Keselamatan Negara

Matlamat PEMERKASA Plus/Tambahan

Terdapat 3 matlamat utama pelaksanaan PEMERKASA Plus/Tambahan iaitu:

  1. Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam
  2. Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
  3. Menyokong Kelangsungan Perniagaan

Matlamat Pertama: Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam

Melalui Matlamat ini, kerajaan telah mengumumkan beberapa bentuk bantuan melibatkan peruntukan sebanyak RM1 bilion iaitu:

  1. Peruntukan RM450 juta bagi meningkatkan kapasiti katil dan peralatan ICU bagi rawatan COVID-19, bukan sahaja di Hospital seliaan KKM tetapi juga di Hospital Pengajar Universiti Awam.
  2. Peruntukan RM550 juta untuk menampung keperluan perbelanjaan berkaitan COVID-19 pelbagai.
  3. Melanjutkan tempoh perkhidmatan lebih 14,000 pegawai perubatan dan jururawat lantikan kontrak sedia ada sehingga tahun 2022.

Matlamat kedua: Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat

Menerusi Matlamat ini:

  1. Menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR yang akan dibayar pada penghujung Jun 2021:
    – Kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500, mereka akan menerima kadar BPR tambahan sebanyak RM500.
    – Kategori isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 akan menerima kadar sebanyak RM300.
    – Individu bujang pula akan menerima RM100.
  2. Kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan bagi golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP.
  3. Peruntukan RM1 bilion bagi Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi.
  4. Penerusan program MARA PRIHATIN Peace of Mind yang dibuka sehingga 31 Julai 2021.
  5. Pelanjutan Program Subsidi Upah selama 1 bulan bagi semua sektor ekonomi yang terkesan dengan kos RM1.5 dengan had 500 pekerja bagi setiap permohonan, ditanggung oleh Kerajaan.
  6. Pengecualian pembayaran levi selama satu bulan pada bulan Jun 2021 bagi majikan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad.

Matlamat Ketiga: Menyokong Kelangsungan Perniagaan

  1. Penambahan kadar Geran Khas Prihatin (GKP) kepada RM1,500.
  2. Pembiayaan sebanyak RM1.5 bilion ringgit bagi pembiayaan mikro kredit oleh BSNTEKUNMARA, SME Corp. dan YAPEIM dengan kadar pembiayaan serendah 3%.
  3. Penambahan fasiliti Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar untuk PKS terjejas sebanyak RM2 bilion.
  4. Bantuan Khas secara one-off sebanyak RM500 kepada 17 ribu pemandu pelancong, 40 ribu pemandu teksi, 11 ribu pemandu bas sekolah, 4 ribu bas persiaran dan 62 ribu pemandu kereta sewa dan e-hailing.
  5. Lembaga Hasil Dalam Negeri akan mempertimbangkan rayuan pengenaan penalti dan menangguhkan pembayaran penalti ke tahun 2022.
  6. Pelanjutan untuk penghantaran penyata kewangan, pelaksanaan mesyuarat tahunan bagi syarikat awam yang tersenarai di Bursa Malaysia dan moratorium denda bagi penghantaran lambat dokumen berkanun oleh SSM.
  7. Pengecualian bayaran lewat untuk membaharui lesen perniagaan sehingga 31 Disember 2021 bagi PKS mikro serta perniagaan milikan tunggal dan perkongsian.
  8. Menambah baik Akta Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit COVID-19 atau Akta 829.
  9. Pemberian diskaun bil elektrik sebanyak 10% selama 3 bulan kepada pengendali hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, premis dan kompleks membeli belah, pusat-pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan.
  10. Potongan khas kepada pemilik bangunan dan ruang perniagaan yang menawarkan pengurangan sewa premis perniagaan kepada PKS dan bukan PKS untuk tempoh 6 bulan lagi sehingga 31 Disember 2021 bagi pengurangan sewa sekurang-kurangnya 30% daripada kadar sewa semasa.
  11. Pelanjutan dan pengecualian duti setem Kempen Pemilikan Rumah (HOC) sehingga 31 Disember 2021.
  12. Melanjutkan pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang CKD dan CBU import hingga 31 Disember 2021.

Senarai Ringkasan Bantuan PEMERKASA Tambahan/plus

Berikut antara senarai bantuan PKP 3.0 Tambahan yang diumumkan:

  • Peruntukan RM450 juta tingkat kapasiti katil, peralatan ICU rawatan COVID-19
  • RM550 tampung pertambahan kos operasi, pengurusan krisis kesihatan
  • Lantikan kontrak lebih 14,000 jawatan pegawai perubatan
  • Percepat pemberian vaksin 80,000 dos sehari (sasaran 150,000 dos sehari menjelang akhir Jun)
  • Aset kerajaan digerakkan permudah warga emas ke PPV
  • RM2.1 bilion untuk BPR tambahan sehingga RM500 (mengikut kategori) menjelang hujung Jun
  • Moratorium 3 bulan atau pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan
  • Skim rehabilitasi sewa beli bas dan teksi
  • Program MARA Prihatin – peminjam boleh jadualkan semula bayaran pinjaman pelajaran
  • Lanjutan Program Subsidi Upah selama sebulan
  • Geran Khas Prihatin ditambah RM500 kepada RM1,500 pertengahan bulan Jun dan baki pada Julai
  • Bantuan khas one-off RM500 kurangkan beban pemandu teksi, kereta sewa, bas sekolah
  • Bayaran lewat renew lesen perniagaan sehingga 31 Disember 2021
  • Lanjutan diskaun bil elektrik kepada sektor yang terjejas
  • Lanjutan duti setem HOC sehingga 31 Disember 2021
  • Pengecualian cukai jualan CKD dan CBU import sehingga 31 Disember 2021

Baca juga: PKP, PKPB, PKPP Dan PKPD: SOP Perkara Yang Boleh Dan Tidak Boleh

Bantuan menarik di dalam Bantuan PKP 3.0

1.Paling menarik semestinya BPR tambahan seperti berikut:

  • Tambahan RM500 : Isi rumah bawah RM2500
  • Tambahan RM300 : Isi Rumah Bawah RM5000
  • Tambahan RM100 : Bujang

2.GKP juga di naikkan dari dari RM1,000 kepada RM1,500 yang akan memanfaatkan hampir sejuta PKS.

3.Moratorium Automatik Selama 3 bulan atau pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama 6 bulan

Menteri juga tidak mengambil gaji selama 3 bulan.Gaji ini akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan COVID-19.

AKAN DIKEMASKINI KEMUDIAN.

Sila Join Channel Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More