Cara mohon Bantuan Prihatin Rakyat 2021 dan syarat kelayakan Permohonan
Bantuan Prihatin Rakyat 2021.Dalam belanjawan 2021,kerajaan telah mengumumkan Bantuan Sara Hidup (BSH) bakal digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).Sebanyak 4 kategori telah diumumkan untuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
KEMASKINI TERKINI 15 Januari 2021:
Pendaftaran dan kemaskini dibuka bermula 15 Januari higga 15 Februari 2021
Siapa yang perlu membuat PERMOHONAN BARU?
✅ Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu adalah : Pemohon yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
Siapa yang perlu membuat KEMASKINI maklumat?
✅ Pemohon perlu membuat Kemas Kini adalah : Pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang lulus
Kategori Bantuan Prihatin Rakyat 2021
Antara 4 kategori yang telah diumumkan :
1) Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 ke bawah Jumlah bantuan : RM1,200 (jika mempunyai seorang anak) Jumlah bantuan : RM1,800 (jika mempunyai dua orang anak atau lebih) |
2) Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 hingga RM4,000 Jumlah bantuan : RM800 (jika mempunyai seorang anak) Jumlah bantuan : RM1,200 (jika mempunyai dua orang anak atau lebih) |
3) Isi Rumah Berpendapatan RM4,001 hingga RM5,000 Jumlah bantuan : RM500 (jika mempunyai seorang anak) Jumlah bantuan : RM750 (jika mempunyai dua orang anak atau lebih) |
4) Individu Bujang Berpendapatan RM2,500 ke bawah Jumlah bantuan : RM350 (Mestilah berumur 21 tahun ke atas) |

Intipati Bantuan Prihatin Rakyat
Cara membuat permohonan Baru BPR 2021
Untuk penerima BSH dan BPN 2.0 yang telah lulus permohonan,anda perlu membuat kemaskini permohonan secara online atau manual menggunakan borang.Bagi yang berkelayakan dan belum pernah mendapat BSH dan BPN 2.0,permohonan baru hendaklah dibuat
Berdasarkan bantuan tunai kerajaan sebelum ini, pemohon perlu buat permohonan melalui portal yang disediakan oleh kerajaan.Berikut adalah cara membuat permohonan baru:
Permohonan secara Online
Permohonan BPR 2021 secara online boleh dibuat dengan link pautan berikut:
ATAU
Aplikasi Semakan Bantuan Prihatin Rakyat dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit
Permohonan secara manual
Borang permohonan BPR 2021 (BK-01) boleh dicetak melalui Portal Rasmi BPR 2021 melalui pautan berikut
ATAU
Borang boleh diambil di Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Borang permohonan boleh dihantar Hadir kaunter berikut :
- Cawangan LHDNM
- Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM
- Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
- Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau
- Pejabat Daerah / Pejabat Residen
Anda boleh juga menghantar borang permohonan tersebut ke alamat:
Peti Surat BPR
GPO Shah Alam
40800 Selangor
Peringatan: Penghantaran melalui faks dan e-mel adalah tidak diterima.
Bagaimana pula cara untuk kemaskini permohonan anda?
Jika permohanan BPR 2021 anda di portal rasmi BPR telah ada dan tiada sebarang perubahan maklumat,anda tidak perlu kemaskini permohonan anda.Namun jika anda membuat semakan dan tiada maklumat,anda perlu membuat Permohonan Baru.
Jika tiada rekod,boleh daftar akaun baru.
Berikut adalah cara untuk anda kemaskini permohonan anda:
1.Pergi ke Portal Rasmi BPR
Artikel berkaitan
2. Klik pada ‘Log Masuk’ di sebelah kanan.
3.Masukkan nombor Kad Pengenalan.
4. Kemudian anda diminta untuk sahkan akaun anda dengan menjawab soalan-soalan yang dipaparkan.
5. Kemaskini maklumat yang diperlukan. Muatnaik dokumen diperlukan (sekiranya perlu).
5. Klik ‘Teruskan‘.
6. Sahkan maklumat anda dan klik ‘Hantar‘.
7. Permohonan kemaskini anda berjaya dihantar.
Permohonan kemaskini hendaklah dibuat sebelum atau pada 15 Februari 2021 (tarikh tutup tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa).
Melalui Belanjawan 2021,Pengeluaran KWSP Akaun 1 juga dibenarkan.Maklumat lanjut boleh rujuk Pengeluaran KWSP AKAUN 1 sebanyak RM500 Sebulan
Boleh baca juga:
Syarat kelayakan permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021
Kategori kelayakan untuk membuat permohonan ialah:
Kategori Isi Rumah:
- Berkahwin (ada atau tiada anak)
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai anak
- Bujang termasuk OKU berumur 60 tahun dan ke atas
Kategori Bujang
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tiada anak;serta
- Had umur 21 tahun hingga 59 tahun atau Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 18 tahun hingga 59 tahun
Kelayakan berdasarkan kategori yang diperlukan untuk membuat permohonan:
A. Isi Rumah
- Permohon
- Warganegara Malaysia (MyKad) yang tinggal menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga serta tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah sebanyak RM5,000 dan ke bawah
- Pasangan
- Merupakan Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau
- Merupakan Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)
- Anak (Sekiranya mempunyai anak)
- Hubungan dengan anak mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
- Merupakan Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan Dikeluarkan oleh: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
- Anak adalah tidak bekerja atau tiada punca pendapatan; dan
- Had umur:
- 17 tahun dan ke bawah; atau
- 18 tahun dan ke atas bagi pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam / Swasta
- Bujang
- Merupakan Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
- Mempunyai Jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah
- Lelaki atau wanita yang berumur:
- 21 tahun hingga 59 tahun; atau
- 18 tahun sehingga 59 tahun untuk ketegori OKU
Dokumen sokongan untuk memohon BPR 2021
Antara dokumen sokongan yang diperlukan:
Borang Serahan Dokumen Sokongan BPR 2021 (BK-04)
Pemohon
- Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri /JPN
- Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN
- Salinan Sijil Penceraian yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri/JPN
- Salinan Sijil Dekri Nisi/Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
Pasangan
- Salinan pengenalan pasangan (MyKad/MyPR/MyKAS)
- Salinan pasport / Visa/ UNCHR/ Pas Sempadan/ Sijil lahir/ KP lama
Anak
- Anak Kandung: Salinan MyKad/MyKid dan Salinan Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh JPN; atau
- Anak Angkat: Salinan MyKad/MyKid dan Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
Tarikh bayaran BPR 2021
Bayaran akan dilakukan melalui dua fasa iaitu fasa 1 dan fasa 2.
- Fasa 1 BPR 2021 di jangka April/Mei 2021
- Fasa 2 BPR 2021 di jangka September/Oktober 2021
Maklumat Lanjut dan pertanyaan,boleh rujuk FAQ dibawah
Permohonan Baru Dan Kemaskini
Pendaftaran MyBPR
Segala update terkini kami akan kami kemaskini di telegram rasmi kami : BANTUAN PRIHATIN RAKYAT 21