Pemerkasa Plus/Tambahan:Bantuan RM500 pemandu Bas, Teksi,Kereta sewa dan E-hailing

0 3,249

Kita dikejutkan dengan pertambahan mendadak kes covid-19 dan kerajaan telah sebulat suara untuk melaksanakan Total Lockdown selama 2 minggu bermula 1 Jun sehingga 14 jun 2021.Sebelum Pelaksanaan PKP,dalam perutusan perdana Menteri pada pada 31 Mei 2021 lalu,Perdana Menteri telah memperkenalkan pakej bantuan khas PEMERKASA Plus/Tambahan.

Ramai yang terkesan melalui PKP yang dilaksanakan kerana hanya sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu sahaja dibenarkan buka.Melalui pakej bantuan khas tersebut,golongan isi rumah dan bujang akan menerima bantuan tambahan sehingga RM500 dalam Pakej BPR Tambahan.Selain itu penambahan GKP Tambahan sebanyak RM1500.

Umum mengetahui,di dalam tempoh lockdown ini banyak juga pemandu teksi, kereta sewa,bas sekolah dan e-hailing terjejas teruk.Sehubungan itu,dalam pakej bantuan yang sama kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan kewangan berjumlah kepada yang terlibat.Bantuan berjumlah RM68 juta akan diberikan kepada pemandu yang bedaftar dan layak.

Kelayakan Bantuan RM500 pemandu

Pemandu yang layak menerima bantuan ini adalah terdiri daripada :

  1. Pemandu pelancong
  2. Pemandu teksi
  3. Pemandu bas sekolah
  4. Pemandu bas persiaran
  5. Pemandu kereta sewa
  6. Pemandu e-hailing

Kadar Bantuan dalam Pemerkasa Plus/Tambahan

Melalui pakej tersebut,kerajaan bersetuju untuk memberi bantuan kewangan sebanyak :

  • Kadar bayaran adalah RM 500 secara one off
Pemerkasa bantuan pemandu Bas, Teksi,Kereta sewa dan E-hailing

Bantuan ini akan diberikan kepada penerima yang berdaftar pada bulan Julai ini.

Menurut Menteri Pegangkutan , pembayaran ini telah dipindahkan walaupun pada asalnya bantuan ini dilaksanakan pada 15 Julai 2021 tetapi ditukar kepada 27 Julai 2021

Nota: Akan dikemaskini setelah mendapat makluman terbaru dari LHDN dan agensi yang terlibat.

Jangan lupa join telegram kami.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi merupakan satu skim yang dilancarkan oleh kerajaan minggu ini dengan suntikan dana yang melibatkan 1 bilion ringgit dimana melalui skim ini:

  • Pengusaha bas dan teksi yang layak boleh mendapatkan moratorium pinjaman sehingga 12 bulan dan melanjutkan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan.
Skim rehabilitasi sewa beli bas dan teksi

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi:

  1. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  2. MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  3. Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.
Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More