Bila tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dapat
Bilakah tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dapat dan masuk ke dalam akaun anda?Untuk pengetahuan semua,Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah digantikan dengan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) melalui pengumuman kerajaan terdahulu.

Merujuk kepada pengumuman terkini pembayaran, bayaran BSH Fasa 2 yang sepatutnya dibuat pada Mei 2020 akan diawalkan ke bulan Mac 2020 iaitu untuk bayaran sebanyak RM200 kepada isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah. Tambahan RM100 akan dibayar pada Fasa 3 iaitu pada bulan Julai 2020 beserta dengan tambahan RM50 dalam bentuk etunai.
Pembayaran BSH akan dimasukkan terus ke akaun penerima yang layak. Bagi mereka yang tiada mempunyai nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan ke alamat penerima dan seterusnya boleh dikeluarkan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berdekatan.
KEMASKINI TERBARU: |
Berikut adalah pengumuman mengenai BSH yang dibuat Perdana Menteri TS Muhyidin:Baki pemberian tunai di bawah program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedang dilaksanakan akan dibayar pada Julai 2020 melibatkan peruntukan sebanyak RM3.2 bilion |
Bayaran tambahan RM100 juga akan dikreditkan terus ke akaun yang akan dilakukan bersama dengan bayaran Fasa 3 BSH 2020 yang dijadualkan semula pada bulan Julai 2020 (Berdasarkan Portal Rasmi BSH Bagi menerima manfaat bantuan tambahan RM120 dan memastikan semua maklumat penerima adalah masih boleh digunakan, penerima BSH diminta untuk mengemaskini permohonan baru. |
Rasmi pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa ke-3 akan dilaksanakan mulai 24 Julai 2020 (Jumaat). Tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 7 Ogos hingga 6 September 2020 |
Borang kemaskini maklumat boleh dimuat turun melalui di link dibawah :

Artikel berkaitan
Jadual Pembayaran Bantuan Sara Hidup BSH 2020 masuk akaun:
Berikut di kongsikan tarikh-tarikh penting pembayaran Bantuan Sara Hidup BSH 2020:
Kategori | Jumlah Bayaran Tahun 2020 |
Isi Rumah RM2 ribu dan ke bawah | RM1000 + RM120 untuk setiap anak (maksimum 4 orang anak) |
Isi Rumah RM2001 dan ke RM3 ribu | RM750 + RM120 untuk setiap anak (maksimum 4 orang anak) |
Isi Rumah RM3001 hingga RM4 ribu | RM500 + RM120 untuk setiap anak (maksimum 4 orang anak) |
Bujang dan OKU yang layak | RM300 |
TARIKH | FASA | JUMLAH |
KATEGORI INDIVIDU BUJANG & OKU (RM300) | ||
Individu Pendapatan RM2,000 Ke bawah | ||
FASA 2 | 16 MAC 2020 | RM200 |
FASA 3 | 24 JULAI 2020 | BAKI + TAMBAHAN RM100 |
KATEGORI ISI RUMAH (RM500) | ||
Isi Rumah Pendapatan RM3,001 Hingga RM4,000 | ||
FASA 1 | 20 FEBRUARI 2020 | RM300 |
FASA 2 | 16 MAC 2020 | RM200 |
FASA 3 | 24 JULAI 2020 | RM120/ anak + TAMBAHAN RM100 |
KATEGORI ISI RUMAH (RM750) | ||
Isi Rumah Pendapatan RM2,001 Hingga RM3,000 | ||
FASA 1 | 20 FEBRUARI 2020 | RM300 |
FASA 2 | 16 MAC 2020 | RM200 |
FASA 3 | 24 JULAI 2020 | BAKI + RM120/ anak + TAMBAHAN RM100 |
KATEGORI ISI RUMAH (RM1,000) | ||
Isi Rumah Pendapatan Di Bawah RM2,000 | ||
FASA 1 | 20 FEBRUARI 2020 | RM300 |
FASA 2 | 16 MAC 2020 | RM200 |
FASA 3 | 24 JULAI 2020 | BAKI + RM120/ anak + TAMBAHAN RM100 |
Untuk sebarang Pertanyaan dan maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020, sila lihat FAQ yang disediakan:
Klik Link FAQ Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020
Hubungi:
Alamat | Sekretariat BSH, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya. |
Hotline BSH LHDM | 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang) Hotline MOF: 03- 8882 4565 | 03- 8882 4566 |
Emel Rasmi | Emel Rasmi: [email protected] Portal Rasmi: Bantuan Sara Hidup 2020 |
Tahniah kepada yang berjaya mendapat Bantuan Sara Hidup BSH 2020.
Kemaskini terbaru mengenai Bantuan Sara Hidup BSH 2020 akan kami update di sini atau anda boleh join group telegram kami untk info terkini.
