Tutorial dan cara kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH)2019

0

Pada pembentangan Belanjawan 2019 , Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng mengumumkan bahawa Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) akan diteruskan bagi tahun 2019.Oleh itu,penerima bantuan tersebut di galakkan untuk mengemaskini maklumat peribadi agar permohonan anda akan terus diterima untuk tahun 2019 dan tidak ditolak setelah dikemaskini.

Tutorial dan cara kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH)2019

Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) atau dikenali dahulu sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) telah ditukar nama selepas pilihan raya ke 14 dan mensasarkan untuk melakukan pembaikan dari segi kelayakan dimana penerima yang betul-betul layak sahaja yang dapat menerimanya

Tutorial kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH)2019

Disini hiburan.my ingin berkongsi cara membuat kemaskini Bantuan Sara Hidup(BSH) 2019 kepada penerima bantuan sebelum ini dan beberapa perkara penting yang perlu dikemaskini.

Pengemaskinian maklumat BSH 2019 meliputi aspek perkara berikut:

1.Jika terdapat perubahan status perkahwinan seperti penceraian, kematian pasangan /tanggungan dan perubahan waris.

2. Sekiranya ada perubahan dalam maklumat peribadi terutamanya alamat, nombor telefon dan lain-lain

3.Perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga (3) tahun permohonan

Maklumat penting yang perlu dikemaskini:

  • Maklumat akaun bank (persendirian sahaja)
  • Nombor telefon bimbit atau rumah
  • Alamat surat-menyurat terkini
  • Alamat emel terkini
  • Maklumat pasangan dan tanggungan (Segala maklumat seperti No. myKad, myPR, myKAS, myKID, Passport dan Visa serta Sijil Lahir perlu diisi dengan tepat dan jelas)
  • Status Perkahwinan seperti bercerai atau kematian pasangan (perlu dinyatakan tarikh)
  • Maklumat waris terkini (sekiranya waris terdahulu telah meninggal dunia) untuk membolehkan waris membuat tuntutan Skim Khairat Kematian 

Tutorial dan cara kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH)2019 menggunakan borang manual dan secara online.

Berikut adalah info tarikh dan panduan membuat pengemaskinian secara atas talian dan manual bagi pemohon sedia ada Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) 2019:

TARIKH KEMASKINI PERMOHONAN BSH 2019

DIBUKADITUTUP
1 Februari 2019 15 MAC 2019

Kaedah pertama: Barang Manual

Pemohon boleh berkujung ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan atau muat turun di Portal Rasmi BSH bagi mendapatkan borang manual kemaskini BSH
Borang kemaskini masklumat yang telah lengkap diisi boleh dihantar ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan sebelum tarikh akhir kemaskini

Sila Muat Turun Borang Kemaskini BSH 2018 disini

Borang BSH 2019 akan dikemaskini selepas diumumkan secara rasmi oleh Portal BSH

Waktu Operasi Kaunter BSH LHDNM

A. Hari Bekerja Cawangan Semenanjung : 9.00 pagi hingga 5.00 Petang Cawangan Sabah / Sarawak : 8.00 pagi hingga 4.00 petang

B. Cuti Hujung Minggu Akan dikemaskini Nota Permohonan Baru & Kemaskini BSH Masa pembukaan kaunter adalah tertakluk kepada pindaan Cawangan LHDNM yang bekerja pada hari Ahad hingga Khamis, waktu operasi kaunter pada hari Khamis adalah sehingga jam 3:30 petang Termasuk Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Urban Transformation Centre (UTC), LHDNM Maklumat lanjut, sila rujuk Jadual Pembukaan Kaunter BSH

kaedah kedua:kemaskini borang secara online

Untuk permohonan BSH 2019 dan cara kemaskini BSH secara atas talian, pemohon perlu melayari Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup Rakyat BSH apabila tarikh permohonan dibuka.

KLIK DISINI UNTUK KEMASKINI BORANG Bantuan Sara Hidup (BSH)2019

Perbezaan Permohonan Baru VS Kemaskini Permohonan
Permohonan baru tidak perlu dilakukan bagi penerima sedia ada BSH 2018 yang telah layak dan menerima bantuan sebelum ini. Tetapi kemaskini permohonan perlu dilakukan dengan memberikan maklumat terkini untuk mengelakkan kegagalan permohonan

SEBARANG PERTANYAAN DAN KEKELIRUAN:

Cara Hubungi BSH : Permohonan Bantuan Sara Hidup Untuk sebarang pertanyaan berkaitan permohonan BSH termasuk masalah berkaitan rayuan, sila hubungi

1. Sekretariat MOF Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) Presint 2, 65292 Putrajaya

2. Hotline Bantuan Sara Hidup Rakyat LHDNM 1-800-88-2747 (BSHR) Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang

3. Hotline MOF 03-88824565, 03-8882 4566

4. Faksmili MOF 03-8882 3933

5. Portal Rasmi BSH https://bsh.hasil.gov.my/

Kami di hiburan.my berharap pemohon-pemohon yang berkelayakan berjaya dalam permohonan yang di pohon!

Kami akan update dari semasa ke semasa jadi jangan lupa bookmark untuk mengetahui update terkini!



Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More