Bantuan Smartphone Percuma B40 semakan dan Permohonan online

0 9,207

Bantuan Smartphone Percuma B40.Kepada pelajar sekolah dari keluarga B40 yang layak berita baik untuk anda kerana YTL Foundation dengan kerjasama YES dan FrogAsia melancarkan Bantuan Smartphone Percuma dengan data internet 120GB

Bantuan Smartphone Percuma B40 semakan dan Permohonan online

Bantuan ini khas untuk pelajar dari keluarga b40 yang tidak berkemampuan untuk melakukan proses pembelajaran menggunakan smartphone terutama yang menggunakan data internet yang banyak

Serba sedikit maklumat tentang Bantuan Smartphone Percuma B40

YTL Foundation dengan kerjasama YES dan FrogAsia telah melaksanakan Bantuan Smartphone ini untuk membantu pelajar sekolah rendah dan juga menengah yang tidak memiliki sebarang gajet dan internet untuk proses belajar dari rumah.

Bantuan ini termasuklah sebiji gajet iaitu sebuah telefon pintar dan langganan data internet sebanyak 120GB secara percuma.WOW!

Guru-guru di sekolah juga boleh mengesyorkan pelajar-pelajar yang berkenaan dan berkelayakan untuk menerima bantuan ini.

Tidak semestinya guru,ibu bapa juga boleh memohon bantuan ini untuk anak-anak mereka.Maklumat-maklumat yang diperlukan ialah :

  1. Nombor MyKid/MyKad murid
  2. Nombor MyKad Ibubapa
  3. Status B40 ibubapa dimana boleh diperolehi dari Laman Web Bantuan Prihatin Nasional

Untuk mendapatkan status B40 ibubapa, sila pergi ke https://bpn.hasil.gov.my/, masukkan nombor kad pengenalan ibubapa, kemudian klik ‘Semak’.

Panduan membuat permohonan Bantuan Smartphone

Untuk pendaftaran online,Pemohon boleh memohon melalui borang permohonan di bawah melalui pautan yang kami sediakan

  1. Untuk membuat semakan, anda boleh layari https://lcs.yes.my.
  2. Masukkan maklumat diperlukan seperti nombor kad pengenalan untuk pengesahan.
  3. Paparan status maklumat anda akan diberitahu

Pertanyaan dan Info Lanjut

Alamat dan No Telefon:

YTL Foundation (421570-A)
Level 32, Menara YTL,
205, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia

Emel: [email protected]
Tel: +603 2038 0888
Fax: +603 2038 0388

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

X