Bantuan Tambahan RM 500 untuk B40 dan Penerima BPR

0 15,696

Bantuan Tambahan RM 500.Berita baik untuk golongan B40 dan Penerima BPR,Kerajaan telah memperkenalkan bantuan RM500 secara one-off kepada B40 yang kehilangan kerja serta tambahan RM500 kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah

Bantuan ini melibatkan peruntukan RM1.2 bilion kepada 2.4 juta penerima itu adalah antara inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bagi membantu golongan yang kehilangan pendapatan.Penerima bantuan adalah mereka yang berumur antara 21 hingga 60 tahun.

Maklumat Bantuan

Maklumat Bantuan adalah seperti berikut:

  • Bantuan tunai secara one-off RM500 kepada golongan B40 yang hilang pendapatan
  • Bayaran tambahan RM500 diberikan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah

Boleh juga baca: Bantuan Kredit EWallet Belia Rm150 PEMERKASA

Kelayakan permohonan Bantuan Tambahan RM 500

Antara kelayakan yang di perlukan adalah:

  • Individu kehilangan kerja
  • Golongan rentan & kurang upaya
  • Penerima BPR pendapatan RM1,000 dan ke bawah

Penerima bantuan adalah mereka yang berumur antara 21 hingga 60 tahun.

Mungkin anda berminat dengan bantuan ini:
Bantuan Rider: Permohonan Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0

Tarikh Pembayaran

Tarikh pembayaran RM500 untuk B40 yang hilang punca pendapatan dan penerima BPR yang layak ini dijangka akan disalurkan mulai bulan Jun 2021.
(AKAN DIKEMASKINI)

Permohonan Bantuan Tambahan RM 500 untuk B40 dan Penerima BPR

  • Penerima juga tidak perlu membuat pendaftaran permohonan.

Untuk makluman, tiada permohonan yang perlu dibuat . Ini kerana penerima akan secara automatik menrima bantuan ini jika layak.Data daripada KWSP, LHDN dan PERKESO diambil kira bagi menentusahkan mereka yang layak menerima bantuan ini

  • Bantuan akan dibayar ke akaun penerima selepas Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem LHDNM, KWSP dan PEKRESO
  • Individu berstatus bankrap juga akan diberi kelonggaran untuk membuka akaun bank secara dalam talian bagi memudahkan mereka menerima bantuan kerajaan melalui permohonan e-mel kepada Jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka.
  • Sebarang bantuan tunai yang dikreditkan tidak akan mengalami sebarang potongan ansuran bulanan.

Makluman: Sebarang maklumat lanjut akan DIKEMASKINI sekiranya terdapat makluman baru.

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More