Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Warga emas bermaksud mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Takrifan ini berpandukan kepada takrifan yang dibuat di “World Assembly On Ageing 1982” di Vienna.
Bantuan kewangan ini adalah untuk warga emas yang memerlukan untuk kelangsungan hidup.Bantuan Warga Emas yang diberikan adalah sebagai saraan hidup kepada warga emas yang memerlukan bantuan supaya terus tinggal dalam komuniti
Tujuan utama bantuan ini adalah untuk memastikan kesejahteraan, kelangsungan hidup dan perlindungan sosial kepada warga emas yang memerlukan, terutama golongan miskin tegar dan rendah pendapatan.
NOTA:Cara membuat Permohonan adalah sama seperti dibawah.

Bantuan Warga Emas (BWE) JKM ialah insentif tunai bulanan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada individu warganegara Malaysia berumur 60 tahun ke atas yang tergolong dalam kategori miskin atau miskin tegar.
Ia diwujudkan sebagai pelindung sosial kepada golongan tua yang tidak mempunyai sumber pendapatan tetap, tiada waris, atau hidup sebatang kara.
Mulai 2026, kadar BWE telah ditingkatkan kepada RM600 sebulan, naik daripada RM500 sebelum ini. Peningkatan ini diumumkan dalam pembentangan Bajet oleh kerajaan sebagai usaha memperkukuh sokongan kepada warga emas miskin tegar. Bayaran dibuat secara bulanan terus ke akaun bank penerima atau boleh ditunaikan di Pejabat JKM berhampiran
Berikut adalah maklumat lengkap kelayakan permohonan:
Secara ringkasnya,berikut adalah syarat asas kelayakan untuk memohon Bantuan Warga Emas (BWE) JKM adalah seperti berikut:
Warga emas yang menetap dengan anak atau keluarga tetapi masih memenuhi syarat pendapatan juga layak memohon bantuan ini.
Untuk tahun 2026, kadar bantuan bulanan telah dinaikkan kepada RM600
Bayaran akan diagihkan setiap bulan sama ada melalui kredit ke akaun bank penerima atau secara tunai mengikut keadaan kelayakan dan kebolehcapaian pemohon.
| Tahun | Kadar Bulanan | Perubahan |
|---|---|---|
| Sebelum 2021 | RM350 | Kadar asal |
| 2021 – 2024 | RM500 | ↑ Naik RM150 |
| 2025 – 2026 | RM600 | ↑ Naik RM100 |
Terdapat dua kaedah utama permohonan Bantuan Warga Emas JKM RM600 tahun 2025—secara manual/bersemuka di pejabat dan dalam talian (online):
Langkah permohonan ringkas:
Berikut adalah pautan borang yang diperlukan:
Untuk maklumat lanjut cara membuat permohonan online boleh rujuk di bawah:
Cara Membuat Permohonan Ebantuan JKM Dan Semakan Permohonan
Dokumen tambahan yang diperlukan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah:
Untuk Maklumat Permohonan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) JKM boleh rujuk cara Mohon DISINI
1. Adakah permohonan BWE perlu dibuat setiap tahun?
Tidak perlu. Bantuan akan disambung secara automatik selagi pemohon layak berdasarkan penilaian berkala JKM.
2. Bagaimana jika pemohon tiada akaun bank?
Bantuan boleh diberikan secara tunai melalui kaedah khas di pejabat JKM berdekatan.
3. Bolehkah waris mohon bagi pihak warga emas?
Boleh, tetapi perlu disertakan surat kuasa/bukti hubungan yang sah.
4. Jika pemohon tinggal bersama keluarga, adakah masih layak?
Layak, asalkan pendapatan isi rumah di bawah PGK dan keluarga tidak mampu menyara.
5. Bagaimana cara semak status permohonan?
Layari Portal eBantuan JKM dan klik pada bahagian “Semakan Status Permohonan”. Masukkan no. kad pengenalan untuk semakan status.
Permohonan juga boleh dibuat menerusi surat, telefon atau email jika pemohon mempunyai masalah pengangkutan atau susah nak hadir ke Pejabat.
Untuk maklumat atau masalah permohonan, boleh hubungi:
Sila juga rujuk media sosial rasmi JKM untuk pengumuman terkini berkaitan bantuan dan kemaskini syarat 2026. Pastikan semua dokumen lengkap dan hadir ke PKMD dalam tempoh yang ditetapkan selepas memohon.
Bantuan Warga Emas RM600 sebulan adalah inisiatif kerajaan demi kebajikan dan kelangsungan hidup warga emas Malaysia. Jangan lepaskan peluang, mohon sekarang untuk tempoh 2026 jika anda atau ahli keluarga memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan