Cara Mohon Bantuan Awal Persekolahan 2022 KPM RM150 One-Off

Melalui pembentangan bajet 2022,terdapat pelbagai bantuan yang kerajaan umumkan untuk rakyat.Antaranya adalah Bantuan Awal Persekolahan atau BAP 2022.Kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar bayaran dari RM100 sebelum ini kepada RM150.

BAP adalah merupakan bantuan yang diperkenalkan pada tahun 2012 dimana fokus bantuan ini adalah untuk membantu keluarga yang susah dan miskin untuk memulakan persekolahan anak mereka.Sejumlah RM450 juta diperuntukkan yang dijangka memanfaatkan tiga juta murid yang layak.Bayaran akan di lakukan secara One-off kepada setiap murid yang layak.

Syarat dan Kelayakan Permohonan Bantuan Awal Persekolahan 2022

Kriteria kelayakan kepada murid-murid yang layak menerima BAP 2022 ialah

  • Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia);
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan;
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

Cara mohon BAP 2022

Ibu bapa tidak perlu mengisi apa-apa borang,hanya perlu membuat kemaskini kadar pendapatan terkini melalui sistem APDM untuk memaklumkan pihak sekolah.

Murid akan dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan data pendapatan ibu bapa dari sistem tersebut.

Kadar bantuan dan kaedah pembayaran

Kadar bantuan BAP adalah sebanyak RM150 kepada setiap murid dan di bayar secara one-off bermula 2022.

Manakala kaedah pembayaran adalah melalui

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;

  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh layari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sila Join Channel Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Sila Share Artikel Ini Dahulu Kepada Rakan Anda yang Belum Tahu!

X