Cara semak No Baucer BPR Fasa 2 untuk yang tiada akaun Bank/gagal kredit

0 4,226

No Baucer BPR Fasa 2.Seperti yang kita sedia maklum,No Baucer ini dikhususkan kepada pemohon yang lulus Bantuan Prihatin Rakyat tetapi tidak mempunyai akaun bank yang aktif atau gagal kredit untuk keluarkan wang bantuan tersebut. Bagi anda yang tidak memiliki akaun bank anda akan diberi no Baucer anda untuk keluarkan bayaran bantuan secara tunai di Bank Simpanan Nasional.

Untuk BPR fasa 2,Bayaran akan dikreditkan ke akaun masing-masing bermula  7 hingga 12 Mei bagi yang mempunyai akaun aktif.Manakala yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), pembayaran akan dibuat bermula 17 Mei 2021 melalui cawangan BSN.

Cara membuat semakan No baucer BPR fasa 2

Disini kami sediakan langkah-langkah untuk anda semak no baucer anda:

  1. Layari portal rasmi BPR https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan nombor MyKad anda di ruang kosong
  3. Tekan butang ‘Semak’
  4. Kemudian, anda telah masuk ke portal sistem BPR anda.
  5. Berikut ialah maklumat yang dipaparkan.
    • Nama
    • Fasa
    • Jumlah bayaran
    • Status kredit
    • Tarikh tunai
    • Nama tunai bank
    • Nama bank
    • No akaun bank
    • Kod tidak berjaya
    • Nombor baucar
    • Sila beri perhatian kepada maklumat nombor baucar, terdapat nombor baucar BPR fasa 2 akan dipaparkan pada bahagian tersebut.
no Baucer BPR fasa ke2

No baucer tersebut boleh disimpan di dalam telefon dan ditunjukkan di kaunter BSN jika perlu untuk membuat penebusan.Sila bawa kad pengenalan jika  tiada no baucar yang dipaparkan walaupun anda berstatus LULUS untuk membuat penebusan.

Tarikh Permohonan Rayuan BPR 2021

Mengikut FAQ yang telah di kemaskini itu,tidak semua penerima Fasa 1 BPR akan menerima baki bayaran Fasa seterusnya BPR 2021 kerana pembayaran seterusnya adalah berdasarkan semakan verifikasi kelayakan bagi permohonan BPR 2021 yang dibuat selepas tarikh tutup pendaftaran BPR 2021.Soalan lazim ini telah dikemaskini pada 4 Mei 2021 di Portal Rasmi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Tempoh rayuan bermula dari 15 hingga 30 Jun 2021.

Boleh baca juga: Cara Mohon Rayuan BPR 2021 Fasa 2 Yang Berstatus “Tidak Lulus”

Maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh rujuk :

  1. Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  2. Talian LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  3. Talian MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  4. Hadirkan diri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.
Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More