Tarikh dan Jumlah Bayaran STR 2024 setiap kategori dari Fasa 1 hingga 4
Jumlah Bayaran STR 2024 setiap kategori dari Fasa 1 hingga 4 adalah berbeza-beza mengikut kriteria yang telah di tetapkan.Namun mesti ramai yang masih keliru berapa kadar pembayaran bagi setiap kategori – Bujang, Keluarga & Warga Emas.
Mesti nak tahu berapa jumlah kadar bayaran STR 2024 pada setiap fasa kan?Untuk Fasa 1 kita sedia maklum jumlah bayarannya dinaikkan kepada RM500 pada bulan Februari 2024
Ada bayaran tambahan untuk STR 2024 dan siapakah yang layak menerima?
Apakah Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023)?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 merupakan bantuan tunai yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat dalam pembentangan bajet tahunan khususnya.
Kadar minimum STR bagi golongan belia akan meningkat daripada RM350 kepada RM500.Namun, untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada RM500.
Kategori baharu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih akan menerima sumbangan maksimum RM3700 setahun mulai Januari 2024 berbanding RM3100 pada tahun 2023.
Sumbangan tersebut akan disalurkan sebelum bulan Ramadan tahun depan.
Antara bantuan sebelum ini ialah termasuklah BKM, BPR, BSH dan BR1M.
Kelayakan Permohonan STR 2024
Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan mengikut kategori:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yangmenepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
NOTA: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Untuk Maklumat Penuh,Boleh rujuk Permohonan Baru STR 2024
Jumlah Fasa Pembayaran
Berikut adalah tarikh dan jumlah Fasa Pembayaran:
Bil. | Fasa Pembayaran | Tarikh Bayaran |
1 | Fasa 1 | 29 Januari 2024 |
2 | Fasa 2 | 03 April 2024 |
3 | Fasa 3 | 29 Ogos 2024 |
4 | Fasa 4 | November 2024* |
Penerima baharu dan pemohon yang membuat rayuan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan mula menerima pembayaran bermula 18 September 2024 (Rabu).
Semakan Status Pembayaran
Status Pembayaran boleh disemak dengan cara berikut:
Maklumat Terkini dan status pembayaran boleh di rujuk soalan lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR 2024
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR>Semakan Status; atau
- Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store pada telefon bimbit; atau
- Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau d. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran
Untuk semakan,ikuti langkah di bawah:
- Klik Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Maklumat yang akan dipaparkan
- Nama Pemohon
- No Mykad Pemohon
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)
Jumlah Bayaran STR 2024 untuk Setiap kategori
Berikut adalah jumlah bayaran yang terlibat untuk setiap kategori:
Pembayaran akan di lakukan sebanyak 4 Fasa mengikut tarikh yang telah di tetapkan.
Boleh rujuk denga jelas melalui jadual di bawah:
a. Kategori Isi Rumah
Pendapatan Isi Rumah ≤ RM2,500 (tiada had umur) | |||||
Bilangan Anak | Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
0 | 1,000 | 500 | RM150-RM650 | RM150-RM650 | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
1 – 2 | 1,500 | 500 | |||
3 – 4 | 2,000 | 500 | |||
≥5 | 2,500 | 500 |
b. Kategori Isi Rumah
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000 (tiada had umur) | |||||
Bilangan Anak | Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
0 | 500 | 100 | RM100 – RM300 | RM100 – RM300 | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
1 – 2 | 750 | 150 | |||
3 – 4 | 1,000 | 250 | |||
≥5 | 1,250 | 300 |
c. Bujang / Warga Emas Tiada Pasangan
Pendapatan Bujang ≤ RM2,500 (Berumur 21 – 59 tahun / OKU Berumur 19 – 59 tahun) | ||||
Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
350 | 100 | 100 | 50 | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan ≤ RM5,000 (Berumur ≥ 60 tahun) | ||||
Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 (RM) | Fasa 2 (RM) | Fasa 3 (RM) | Fasa 4 (RM) |
600 | 150 | 150 | 150 | Akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
Bayaran Tambahan Bayaran STR 2024
Kadar tambahan STR berjumlah RM1200 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori isi rumah miskin dan miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
- penerima isi rumah yang tersenarai sebagai isi rumah miskin dan Miskin Tegar yang berdaftar dalam e-Kasih
- mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
Kategori baharu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih akan menerima sumbangan maksimum RM3700 setahun mulai Januari 2024 berbanding RM3100 pada tahun 2023.
Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 12 bulan
Kadar Tambahan STR – Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | |
Kategori Penerima | Kadar Sumbangan |
Penerima STR berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM | RM1,200 (RM100 sebulan) |
Penerima Isi Rumah STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM | RM300 |
Penerima Bujang & Warga Emas Tiada Pasangan STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM | RM150 |
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lebih lanjut,boleh hubungi melalui saluran-saluran berikut:
- Talian Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747 (Isnin – Jumaat, 9am – 5pm)
- Portal Rasmi STR 2024 di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Laman web Kementerian Kewangan di pautan https://mof.gov.my/ms/ atau https://budget.mof.gov.my/ms/
- Laman Sosial Facebook Kementerian Kewangan Malaysia
NOTA:Hebahan Terkini akan kami kemaskini dari masa ke semasa.
Sila Join Channel Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.