Semakan kelulusan dan tarikh bayaran BKSS 6.0 RM1500 bantuan peniaga

0 18,663

BKSS 6.0 RM1500 bantuan peniaga adalah salah satu inisiatif dari BKSS 6.0 dimana ia diberikan kepada penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan melalui Sarawak Pay (RM1,500 secara 2 peringkat; RM750 pada bulan Julai dan RM750 pada bulan Disember 2021).

Memahami keadaan rakyat yang semakin terdesak akibat pelaksanaan PKP, bantuan kewangan dan bantuan diskaun akan dibahagikan kepada semua golongan yang layak dan terjejas, termasuk juga golongan peniaga yang akan menerima bantuan dalam bentuk geran khas tunai.

Maklumat BKSS 6.0 RM1500 bantuan peniaga

Geran Khas Bantuan BKSS 6.0 RM1500 Untuk Penjaja & Peniaga Kecil adalah bantuan untuk peniaga kecil dan penjaja yang terkesan akibat PKP dalam tempoh pandemik.

Kadar Bantuan yang diberikan adalah sebanyak Rm1500 secara berperingkat pada bulan Julai Rm750 dan Disember Rm750

Syarat kelayakan permohonan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk menerima bantuan tersebut:

  1. Merupakan rakyat Sarawak
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas
  3. Mestilah menjalankan perniagaan sebelum 1 Jun 2021
  4. Perniagaan online adalah tidak layak mohon
  5. Tarikh akhir permohonan permit adalah pada 30 Jun 2021
  6. Permit sah pada Jun hingga November 2021
  7. Pembayaran BKSS adalah melalui SarawakPay

Manakala jenis peniaga yang layak ialah:

  • Gerai makan
  • Kedai Kunci
  • Pasar
  • Kedai kampung/ kedai terpencil
  • Barber/ salun rambut
  • Kantin (pemilik individu)

Pemohon mestilah menjalankan perniagaan secara fizikal seperti mengusahakan gerai makanan, kiosk, gerai tepi jalan dan sebagainya.

Peniaga juga perlu mendaftar dengan PBT bagi mendapatkan permit yang dikeluarkan PBT dengan tempoh permit adalah dari Jun hingga November 2021.

Cara membuat permohonan dan kemaskini

Penerima yang telah lulus atau penerima sebelumnya tidak perlu membuat permohonan, tetapi perlu mengemaskini status akaun SarawakPay di PBT.Ikuti langkah berikut untuk kemaskini :

1.Boleh kemaskini akaun anda secara online di pautan berikut:

Kemaskini Permohonan Geran Khas Bantuan BKSS 6.0 RM1500

2.Kemaskini melalui SarawakPay

Aplikasi aplikasi Sarawak Pay boleh di muat turun ke dalam telefon anda melalui pautan berikut:

  1. Google Play Store
  2. App Store

Panduan mendaftar SarawakPay boleh rujuk DISINI

Cara membuat semakan permohonan

Berikut adalah cara-cara untuk membuat semakan status permohonan anda:

1.Layari ke pautan berikut di https://community-service.sarawak.gov.my/ dan pergi ke semakan Status

semakan status geran bkss 6.0

2.Masukkan No maykad dan Cari status permohonan anda

Status geran BKSS 3.0

3.Beberapa jenis status akan keluar  iaitu RECOMMENDED, LULUS atau SUBMITTED

keputusan permohonan BKSS

4.Bagi peniaga/penjaja yang lulus, anda akan menerima SMS seperti gambar berikut:

status permohoann bkss

Makluman,pembayaran untuk BKSS akan disalurkan melalui SarawakPay.

Maklumat dan pertanyaan Lanjut

Kepada pemohon yang berstatus GAGAl,Not Recommended, ataupun Tiada Dalam Rekod apabila membuat semakan,boleh menghubungi PBT bertanyakan masalah anda bagi mengenal pasti punca permohonan anda tidak berjaya.

Anda boleh hubungi melalui saluran-saluran berikut:

  • DBKU-082448763/082446688
  • MBKS-082242311/082354200
  • MPP-082615566

Jangan lupa join telegram kami.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More