Permohonan BPR Tambahan:Bayaran RM500,RM300 Isi Rumah dan RM100 Bujang

0 2,739

Seperti yang kita sedia maklum,berikutan kes-kes pandemik COVID-19 yang naik begitu mendadak,Kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang ketat atau lockdown untuk tempoh dua minggu dari 1 Jun hingga 14 Jun 2021. Semua sektor sosial dan ekonomi ditutup kecuali sektor-sektor yang dikategorikan sebagai sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu.

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan ini,Kerajaan telah mengumumkan bayaran tambahan melalui Pakej Bantuan 3.0 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) PEMERKASA Tambahan kepada semua golongan isi rumah dan bujang yang terjejas.

Info mengenai BPR Tambahan

Pembayaran tambahan ini adalah adalah bantuan tambahan yang diberikan oleh kerajaan untuk penerima BPR 2021 yang masih dalam peringkat fasa ke2.Bayaran ini akan diterima untuk kategori masing-masing.

Boleh juga baca:Bantuan PKP 3.0: Senarai Bantuan PEMERKASA Tambahan

Kadar bayaran Penerima

Sebanyak RM2.1 bilion telah diperuntukkan bagi menambah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR),dimana kadar bayaran akan di beri mengikut kategori berikut:

  1. Isi rumah berpendapatan di bawah RM2,500
    Bagi kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500, mereka akan menerima kadar tambahan sebanyak RM500
  2. Isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000
    Kategori isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000, akan menerima kadar sebanyak RM300.
  3. Golongan bujang
    Golongan bujang pula akan menerima RM1

Tarikh pembayaran

Bayaran tambahan itu akan sudah pun dimasukkan ke akaun penerima pada hujung bulan Jun 2021 yang lalu

Ia adalaha fasa bayaran terakhir BPR pada bulan September.

Terbaru,untuk penerima Rayuan BPR, anda akan menerima bayaran BPR Tambahan mulai tarikh berikut:

  • Bermula 28 September 2021 bagi yang ada akaun (BSN)
  • Bermula 4 Oktober 2021 bagi ada akaun (Selain BSN)
  • Tiada Akaun / Gagal Kredit : Bermula 4 Oktober 2021 di Kaunter Cawangan BSN

Cara membuat permohonan dan semakan

Untuk bayaran tambahan ini, orang ramai tidak perlu membuat sebarang permohonan kerana SEMUA penerima sedia ada akan menerima bayaran masing-masing pada tarikh yang ditetapkan.

Penerima yang layak boleh membuat semakan di Portal Rasmi BPR https://bpr.hasil.gov.my pada penghujung Jun 2021.

Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut,boleh bertanya melalui saluran-saluran berikut:

  • Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.
Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More