Cara Daftar JobsMalaysia Secara Online

0 289

Tahukah anda apa itu JobsMalaysia dan pernahkah anda mendaftar?Disini kami akan memberi perincian tentang Cara Daftar JobsMalaysia Secara Online. Kerajaan Malaysia telah menyediakan pelbagai saluran untuk rakyat awam mencari kerja termasuklah MyFutureJobs dan juga JobsMalaysia

Portal JobsMalaysia merupakan sistem penjodohan pekerjaan secara automatik atas talian atau online. Ianya disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia yang memberi kemudahan bagi pencari kerja mencari pekerjaan yang bersesuaian. Sistem di dalam portal ini membenarkan pencari kerja membuat permohonan pekerjaan. Kesemua kemudahan ini tidak dikenakan sebarang bayaran atau caj

Cara Daftar JobsMalaysia Secara Online

Majikan juga boleh mengiklankan jawatan kosong serta mendapatkah tenaga kerja bagi syarikat menerusi portal ini. Portal JobsMalaysia telah ditubuhkan sejak 2002 dan dipercayai oleh pencari kerja dan majikan yang berpuas hati. Antara ciri-ciri Portal JobsMalaysia adalah Padanan Kerja iaitu proses padanan kerja yang lebih sistematik dan mudah

Cara Daftar JobsMalaysia Secara Online Di JobsMalaysia.gov.my

Fungsi JobsMalaysia adalah sebagai pusat sehenti maklumat pasaran buruh dengan memberikan kemudahan kepada pencari kerja untuk mendapatkan kerja yang bersesuaian dengan kelulusan pemohon. Manakala majikan pula boleh mengiklankan senarai jawatan kosong dan mendapatkan pekerja baharu mengikut keperluan syarikat.

Langkah-langkah untuk mendaftar Pencari Kerja di JobsMalaysia
Layari Portal JobsMalaysia seperti pautan di atas

  1. Klik ‘DAFTAR’ di atas skrin dan klik ‘PENCARI KERJA’
  2. Isikan maklumat dengan lengkap. Pastikan nama dan No. Kad Pengenalan dimasukkan seperti tertera dalam MyKad serta Nombor Telefon Bimbit dan E-mail yang masih aktif untuk makluman notifikasi dihantarkan dengan berjaya
  3. Setelah selesai mengisi maklumat, masukkan kod verifikasi dan klik ‘Daftar’
  4. Paparan mesej pendaftaran berjaya akan ditunjukkan setelah berjaya membuat pendaftaran
  5. Semak emel yang telah dimasukkan semasa pendaftaran dan klik pada Pautan Pengaktifan
  6. Pengguna diminta mencipta kata laluan bagi menyelesaikan proses pengaktifan akaun
  7. Pengaktifan berjaya dan klik ‘Seterusnya’ untuk dibawa ke paparan Log Masuk

Pendaftaran di JobsMalaysia Versi 2.0

Seperti sedia maklum, JobsMalaysia kini telah dinaiktaraf kepada versi terkini iaitu JobsMalaysia 2.0 berbanding versi lama sebelum ini. Sekiranya pengguna pernah mendaftar akaun di JobsMalaysia versi terdahulu, ikuti langkah berikut:

  1. Layari Log Masuk JobsMalaysia
  2. Aktifkan semula akaun dengan memasukkan ID pengguna, Kata Laluan, dan Kod Verifikasi lalu klik ‘Semak’
  3. Pautan pengaktifan akaun akan dihantar ke alamat email sila klik ‘Hantar’ atau ‘Tukar email’ sekiranya emel tersebut salah

Bagi pengguna JobsMalaysia versi baharu pula, ikuti langkah berikut untuk log masuk ke Portal JobsMalaysia

  1. Layari Log Masuk JobsMalaysia
  2. Klik butang ‘Log Masuk’
  3. Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik ‘Seterusnya’
  4. Masukkan kata laluan yang telah dicipta dan klik ‘Log Masuk’

Kemaskini pendaftaran dan maklumat pencari kerja

Setelah berjaya log masuk ke Portal JobsMalaysia 2.0, pecari kerja perlu mengisi Profil Pencari Kerja dengan lengkap bagi memudahkan proses padanan kerja. Antara bahagian profil yang perlu diisi adalah seperti berikut:

  • Bahagian Pertama : Pengesahan
  • Bahagian Kedua : Butiran Peribadi
  • Bahagian Ketiga : Permohonan Jawatan
  • Bahagian Keempat : Maklumat Terperinci

Apabila selesai melengkapkan profil, pencari kerja boleh mengemaskini profil pada bila-bila masa dan memohon jawatan kosong yang ada. Proses aliran pencari kerja adalah seperti infografik berikut:

Cara Daftar JobsMalaysia

Bagi proses carian jawatan kosong, sebaik sahaja log masuk pengguna boleh mengisi Carian Jawatan di ‘Dasboard’ Portal JobsMalaysia dengan memasukkan nama jawatan/majikan. Langkahnya adalah seperti berikut:

  1. Setelah menjumpai nama jawatan/majikan yang ingin dimohon klik jawatan tersebut
  2. Klik butang ‘Mohon Jawatan’ dan paparan Sahkan Permohonan akan ditunjukkan
  3. Klik butang ‘Ya, saya pasti’ untuk meneruskan permohonan jawatan tersebut

Selesai permohonan, sila tunggu respon daripada pihak majikan untuk proses seterusnya bagi permohonan jawatan tersebut.

Sebarang pertanyaan:

sila ikuti pautan berikut atau hubungi talian bantuan seperti di bawah:

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

logo hiburan.my

Subscribe Post Terbaru dari kami kepada anda!

Dapatkan PERCUMA Info Bantuan Kerajaan ke Telefon Anda Setiap Hari.
Jangan lupa CONFIRMKAN SUBSCRIPTION di email anda!

Sila confirmkan Subscription INFO PERCUMA kami di EMAIL ANDA SEKARANG!