Cara membuat tetapan balik Kata Laluan dan ID BPR 2021
Kata Laluan dan ID BPR 2021.Sudahkah anda membuat kemaskini permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021?Bermula 15 Januari hingga 15 Februari 2021,anda sudah boleh membuat pendaftaran jika sebelum ini tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0.Jika pernah menerima bantuan,anda hanya perlu kemaskini sahaja.
Anda boleh klik panduan lengkap BPR 2021 ini dan rujuk jika anda ingin membuat kemaskini atau membuat permohonan baru.Kepada yang sudah membuat permohonan dan lupa Kata Laluan dan ID BPR 2021 anda boleh dapatkan balik dengan cara reset kan semula.
Cara reset Kata Laluan dan ID BPR 2021
Kepada pemohon yang terlupa,ada 3 cara yang anda boleh buat untuk dapatkan balik id dan kata laluan anda.Berikut adalah cara-caranya:
Cara Pertama: Log In ke Portal BPR
Log in melalui pautan berikut https://bpr.hasil.gov.my/Default.aspx
- Klik TERLUPA KATA LALUAN.

- Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN anda.
- Klik BUTANG SEMAK.

- Jawab 3 SOALAN KESELAMATAN yang telah anda daftarkan sebelum ini.


- Masukkan KATA LALUAN BARU dan buat PENGESAHAN KATA LALUAN BARU.
- Klik TUKAR KATA LALUAN

Artikel berkaitan
Ikuti Panduan bergambar langkah demi langkah di bawah:
Setelah anda siap reset semula log masuk seperti berikut:
- Klik pautan berikut: https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan / MyKad
- Klik SEMAK dan sahkan KATA KUNCI KESELAMATAN anda.
- Masukkan KATA LALUAN anda.
- Klik LOG MASUK
- Lihat paparan
Boleh baca juga :
Permohonan Bantuan Bujang BPR 2021 RM350
Permohonan Bantuan Isi Rumah BPR 2021 Sehingga RM1800
Cara kedua :Hadirkan diri ke LHDN
Anda boleh hadirkan diri ke LHDN yang berdekatan anda masih tidak dapat tetapkan Kata Laluan dan ID BPR anda.Antara masalah-masalah berikut seperti:
- Terlupa jawapan soalan keselamatan
- Terlupa kata kunci keselamatan
- Akaun disekat
Anda juga boleh menghantar borang permohonan BPR 2021 secara manual ke LHDN dengan menyediakan borang permohonan BPR dan dokumen sokongan yang diperlukan.Boleh download borang percuma melalui pautan DISINI.
Cara ketiga :Menghubungi Talian Hotline
Disebabkan Pandemik COVID-19,Orang ramai dinasihatkan membuat permohonan secara online tanpa menghadirkan diri ke kaunter LHDN.
Sekiranya anda masih lagi bermasalah dengan kata laluan dan ID:
Hubungi Hotline BPR di: 1 800 88 2747
Maklumat Lanjut
Sebarang kemusykilan dan pertanyaan berkenaan BPR 2021,anda boleh rujuk soalan lazim di Portal BPR atau
- Hotline BPR LHDNM: 1 800 88 2747
- Hotline BPR MoF: 03 8882 4565 / 03 8882 4566