Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Cara daftar bank Islam Online Banking dan Aplikasi GO Bank Islam

0 3,065

Dah ada akaun bank Bank Islam dan belumDaftar Bank Islam Online Banking lagi?Seperti yang kita sudah tahu,perbankan internet sememangnya menjadi wajib di zaman sekarang.Banyak transaksi melibatkan online banking sama ada untuk membeli belah,penghantaran wang dan sebagainya.

Melalui perbankan internet ini,urusan transaksi boleh di lakukan secara online pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.Anda boleh dapatkan penyata

terkini kesemua akaun Bank Islam anda melalui

  • Rumusan Akaun
  • E-Statement
  • Pengurusan cek
  • Sejarah Transaksi Perbankan Internet

Nak daftar perbankan online bank Islam?Senang sahaja,jom ikuti perkongsian kami cara untuk membuat pendaftaran ,login kali pertama dan pengaktifan online banking Bank Islam melalui langkah-langkah di bawah

Maklumat Mengenai Perbankan Online Bank Islam

Bank Islam Malaysia Berhad mula beroperasi sebagai Bank Islam pertama Malaysia pada tarikh 1 Julai 1983. Bank Islam ditubuhkan pada mulanya untuk memberi alternatif kepada orang Islam di negara ini menggunakan perbankan berlandaskan Syariah.

Bank Islam menyediakan Perkhidmatan Online Banking bagi mereka yang mempunyai akaun dengan mereka.Sudah menjadi kewajipan bagi mereka yang suka membuat transaksi online untuk mempunyai online banking.Dengan online banking,urusan menjadi lebih mudah kerana semua transaksi hanya di lakukan di atas talian dan tanpa perlu ke kaunter.

Syarat Kelayakan untuk daftar

Berikut adalah kelayakan yang di perlukan untuk mendaftar online Banking Bank Islam:

  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Mempunyai akaun peribadi / akaun semasa yang berdaftar
  • Jenis akaun adalah pemilik tunggal
  • Mempunyai kad debit atau kad ATM Bank Islam
  • Mempunyai nombor pin ATM yang telah diaktifkan

Baca juga: Cara Daftar RHB Online Banking Dan Login Pertama Kali

Daftar Bank Islam Online Banking

Berikut adalah cara untuk daftar Perbankan Online Bank Islam:

  1. Pergi web rasmi Bank Islam di pautan https://www.bankislam.biz 
  2. Klik butang “FIRST TIME USER”.
  3. Baca terma dan syarat yang dipaparkan dan tandakan (/) dalam kotak kecil.
  4. Klik pada butang ATM/Debit Card.
  5. Masukkan nombor Kad ATM / Kad Debit 16 digit dan nombor pin ATM anda.
  6. Cipta USER ID, Password dan maklumat yang berkenaan
  7. Semak dan sahkan maklumat anda dengan mengklik “Confirm”;
  8. Anda akan menerima notifikasi setelah selesai mendaftar Bank Islam Internet Banking.

Boleh ikuti panduan bergambar di bawah:

1.Layari website rasmi bank islam ke pautan berikut:

https://www.bankislam.biz

Perbankan internet bank Islam

2.Baca terma & syarat dan tandakan (/) dalam kotak yang disediakan.Kemudian tekan continue

3.Boleh Klik pada ruangan untuk  ATM/Debit Card.

Bank islam online banking

4.Isikan nombor kad ATM 16 digit dan no pin ATM anda dalam ruangan yang disediakan

5.Isikan Maklumat yang berkenaan.

pendaftaran online banking bank islam

6.Cipta Akaun anda da kata lalauan anda pada ruangan yang disediakan.

Siap dan anda boleh login untuk pertama kali untuk segala transaksi dalam akaun anda.

Lebih jelas,boleh rujuk Video penerangan di bawah:

Nota:Sila catatkan usernama id dan kata laluan anda semasa proses pendaftaran anda tadi untuk mengelakkan sebarang tidak boleh login

Pendaftaran GO Bank Islam Aplikasi telefon Bank Islam

Bank Islam juga mempunyai aplikasi untuk mobile phone yang boleh dimuat turun dari Google Play Store atau Apple IOS Store yang diberi nama GO Bank Islam.Boleh muat turun di pautan berikut:

  • Andorid: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.iexceed.CBS&hl=en&gl=US
  • Apple: https://apps.apple.com/my/app/bank-islam/id1483218923

Untuk proses pendaftaran,boleh ikuti cara di bawah

  1. Muat turun aplikasi GO Bank Islam
  2. Masukkan User ID dan password yang telah didaftarkan tadi untuk online banking.
  3. Masukkan kod IAC yang diterima
  4. Selesai mendaftar, anda boleh login semula menggunakan kata laluan yang telah didaftarkan atau mengaktifkan cap jari di telefon bimbit anda.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran-saluran berikut:

  1. Laman web rasmi Bank Islam di pautan https://www.bankislam.biz
  2. No telefon Bank Islam di +60326900900
  3. Facebook : https://www.facebook.com/BankIslamFB/
Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via