Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Daftar i-Saraan KWSP-Caruman Sukarela Insentif Persaraan untuk bekerja sendiri

0 7,899

Anda seorang surirumah atau bekerja sendiri?Sudahkah anda daftar i-Saraan KWSP?Jika belum,disini kami ingin berkongsi cara Daftar i-Saraan KWSP.

Sebelum itu,apa Itu i-Saraan KWSP?

  • insentif Persaraan (i-Saraan) dengan Caruman Sukarela membolehkan anda suri rumah dan yang bekerja sendiri (tiada pendapatan tetap) untuk tetap membuat caruman seperti pekerja biasa setiap bulan.
  • Caruman Sukarela ini adalah untuk tujuan persaraan dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.
  • Sebagai ahli insentif, anda akan menerima sumbangan kerajaan sebanyak 15% (jumlah maksima sebanyak RM500/Setahun). Ianya berkuatkuasa I Januari 2018 ke atas caruman anda. Tetapi, ini tidak termaktub kepada ahli yang menerima caruman majikan.
  • Untuk pengetahuan anda juga sumbangan kerajaan ini adalah TERHAD kepada ahli yang berumur 55 tahun ke bawah sahaja.

Kelebihan Daftar i-Saraan KWSP

Kelebihan mendaftar untuk i-Saraan KWSP:

  1. Menyediakan saluran persaraan kepada mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk mencarum sendiri.
  2. Membolehkan anda membuat pengeluaran dan mencarum mengikut kemampuan dan masa yang ada.
  3. Menikmati dividen tahunan atas simpanan persaraan anda.
  4. Menerima insentif khas sebanyak 15% (maksima RM500/Setahun) bagi ahli yang berumur kurang dari 55 tahun.Had insentif seumur hidup sebanyak RM5,000 atau mencapai umur 60 tahun yang mana lebih awal​.
  5. Bantuan Kematian: Sebanyak RM2500 (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP

Klafikasi Maksud bekerja sendiri:

  1. Petani/ nelayan/ pemandu teksi
  2. Pengasuh Bayi
  3. Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown
  4. Ejen menerima komisen (ejen insurans, ejen hartanah)
  5. Freelancer (menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, pelakon, penyanyi, jurulatih kesihatan, perunding)
  6. Pemilik perniagaan dalam talian
  7. Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan
  8. Pemilik praktis sendiri (peguam, akauntan, doktor)
  9. Suri rumah
  10. Pekerja Berpencen

Syarat-syarat kelayakan untuk memohon

  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Individu yang bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap, suri rumah dan pekerja berpencen
  • Ahli KWSP
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Telah membuat pilihan i-Saraan (Menghantar borang KWSP 16G (M))

PENTING:
Jika anda Suri rumah anda hanya dibolehkan pilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Suri (i-Suri), anda perlu membatalkannya sebelum membuat permohonan baru bagi i-Saraan.Walau bagaimanapun ianya adalah bergantung kepada kelayakan pemohon.

Cara mendaftar skim i-Saraan KWSP

Anda boleh mendaftar dimana-mana kaunter KWSP yang berdekatan anda.Antara perkara-perkara yang perlu dilakukan ialah:

  • MyKad
  • Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
  • Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)
  • Minimum (RM sahaja) – Tiada had
  • Maksimum (RM sahaja) RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)

Untuk membuat pendaftaran secara online,anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:

1.Download aplikasi i Akaun KWSP di telefon pintar anda dan klik Daftar i-Saraan.

i-saraan online daftar

2.Anda juga boleh daftat melalui pautan berikut: https://online.kwsp.gov.my/isaraanReg/?lang=ms

3.Isikan maklumat pendaftaran anda dengan lengkap sehingga selesai.

daftar i sarran online

4.Sudah daftar,seterusnya anda simpan no akaun EPF anda.Untuk lebih senang,boleh buat favorite dalam online banking anda untuk anda membuat pindahan wang nanti

NOTA:

Pendaftran secara online boleh di buat dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu:

  • Isnin sehingga Jumaat: 8 pagi hingga 9 malam
  • Sabtu, Ahad & cuti umum: 5 pagi hingga 7 malam

Jumlah Caruman Bagi Menerima Amaun Insentif Khas Maksimum

Ahli layak menerima insentif khas berdasarkan caruman padanan sebanyak 15% daripada jumlah caruman terkumpul tahun semasa yang dibuat oleh ahli. Bagi membolehkan ahli menerima insentif khas maksimum sebanyak RM500 setahun, ahli perlu mencarum sekurang-kurangnya RM3,334 setahun.

Rujuk ilustrasi di bawah:

AhliJumlah Caruman
Terkumpul Tahun Semasa
Amaun
Insentif Khas
AhmadRM 1,000RM 150
BabaRM 3,334RM 500
KevinRM 5,000RM 500

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:

Layari portal rasmi KWSP di pautan link yang kami sediakan di bawah:

LAMAN WEB RASMI KWSP

Hotline 03 8922 4848.

Talian Pusat Pengurusan Perhubungan: 03 8922600

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via