Panduan daftar Pemilih SPR secara SMS dan Online 2020

0 45

Sudah kah anda membuat Semakan Daftar Pemilih SPR?Jika belum di harap panduan di bawah dapat membantu anda untuk membuat semakan Status Pendaftaran SPR.Jom laksanakan tanggungjawab anda sebagai pengundi di pilihan raya akan datang.

Panduan daftar Pemilih SPR secara SMS dan Online 2020

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia telah menyediakan pelbagai alternatif khas buat anda untuk mendaftar dan mengundi tak kira dimana sahaja anda berada.

Proses semakan Daftar Pemilih SPR Melalui SMS & Online 2020

Antara syarat-syarat kelayakan daftar pemilih adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 21 tahun pada hari mengundi
  • Telah bermastautin di tempat atau kawasan mengundi (Dewan Undangan Negeri dan Kawasan Parlimen)
  • Tidak dihalang oleh mana-mana undang-undang daripada melayakkan daftar pemilih
  • Pendaftaran dilakukan selewat-lewatnya enam (6) bulan sebelum hari mengundi

Senarai kategori pemilih:

Pengundi Biasa

Adalah mereka yang telah membuat pendaftaran sebagai pengundi dan perlu menghadirkan diri di Pusat Mengundi.

Pada hari mengundi, pastikan anda:

  • Datang awal ke Pusat Mengundi
  • Dapatkan slip Saluran Mengundi di Borang Semakan SPR
  • Beratur dengan senyap di saluran mengundi anda
  • Apabila dibenarkan masuk sila ikuti prosedur yang telah ditetapkan
  • Segera beredar setelah selesai urusan mengundi. Pusat Pengundian adalah kawasan larangan bagi sabarang aktiviti lain.

Polis

Pengundi polis adalah anggota polis dan pasangan PGA yang telah ditetapkan sebagai pengundi awal.

Mereka terdiri daripada 2 sub kategori iaitu:

  • Pengundi
  • Pengundi Pos: Undi pos boleh diperolehi melalui permohonan hanya pada anggota polis yang bertugas semasa pengundian awal dan hari pengundian biasa layak memohon undi pos.

Tentera

Pengundi tentera adalah anggota tentera dan pasangan yang telah ditetapkan sebagai pengundi awal.

Terdiri daripada dua kategori iaitu:

  • Pengundi
  • Pengundi Pos: Undi pos boleh diperolehi melalui permohonan hanya pada anggota tentera yang bertugas semasa pengundian awal dan hari pengundian biasa, layak memohon undi pos.

Pengundi Luar Negara

  • Pengundi tidak hadir (Luar Negara) – Tidak perlu memohon untuk Undi Pos
  • Warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara dan telah mendaftar sebagai pengundi – Perlu memohon untuk mengundi secara pos

Media

Anggota media yang membuat liputan pilihanraya semasa hari pengundian perlu memohon untuk mengundi secara pos.

Cara membuat semakan Melalui Online

Semakan daftar pemilih SPR secara online

  • Anda perlu layari laman web rasmi berikut: SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
  • Masukkan nombor kad pengenalan anda. Pastikan nombor kad pengenalan diisi dengan betul dan bersambung tanpa “space” atau simbol “-“
  • Kemudian tekan ‘Semak’

Semakan Melalui SMS

Taip SPR<jarak>SEMAK<jarak>No.IC (Contoh:920525125098) kemudian hantar ke 15888

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

logo hiburan.my

Subscribe Post Terbaru dari kami kepada anda!

Dapatkan PERCUMA Info Bantuan Kerajaan ke Telefon Anda Setiap Hari.
Jangan lupa CONFIRMKAN SUBSCRIPTION di email anda!

Sila confirmkan Subscription INFO PERCUMA kami di EMAIL ANDA SEKARANG!