Permohonan Elaun Mencari Pekerjaan RM300 SIP PRIHATIN 2.0 untuk graduan dan penganggur

0 3,770

Berikutan dengan kesukaran hidup yang di alami oleh rakyat akibat pelaksanaan PKP 3.0 ,Kerajaan telah mengambil langkah dengan memperkenalkan Pakej PEMULIH di mana pelbagai bantuan yang disediakan untuk rakyat yang terjejas.Kerajaan juga membantu rakyat yang kehilangan kerja dengan memberi Bantuan hilang pekerjaan dan juga memberi bantuan kewangan dalam bentuk elaun kepada graduan dan penganggur yang sedang mencari kerja.

Elaun mencari kerja atau SIP PRIHATIN 2.0 adalah Elaun Mencari Pekerjaan bagi tempoh 2 bulan dan Elaun Persediaan Bekerja sekiranya telah kembali bekerja bagi individu yang tidak dilindungi di bawah Sistem Insuran Pekerjaan PERKESO dan juga bagi individu yang menganggur dan aktif mencari pekerjaan.

Jumlah pembayaran Elaun Mencari Pekerjaan

Elaun ini akan di berikan kepada mereka yang layak dan berdaftar di bawah MYFutureJobs dengan kadar bayaran:

  • RM300 x 2 bulan

Sekiranya pencari kerja kembali bekerja dalam tempoh menerima Elaun Mencari Pekerjaan dan menghadiri sekurang-kurangnya 1 temu duga dalam tempoh menerima Elaun Mencari Kerja, anda akan terima:

  • RM400 secara one-off

Kategori Pemohon yang layak

Pemohon yang layak untuk menerima elaun ini adalah :

  1. Graduan baharu
  2. Lepasan sekolah
  3. Pekerja Sektor Tidak Formal

Tarikh permohonan

Permohonan akan dibuka bermula pada tarikh berikut:

  • 15 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021

Syarat kelayakan untuk membuat permohonan

Berikut adalah kelayakan yang diperlukan:

  1. Golongan yang kehilangan pekerjaan yang tidak dilindungi di bawah Sistem Insurans Pekerjaan
  2. Golongan yang menganggur
  3. Berdaftar dan aktif menjalankan aktiviti mencari pekerjaan elalui portal MYFutureJobs
  4. Menghadiri temu duga anjuran PERKESO

Bagi melayakkan mereka menerima bantuan ini, pemohon perlu:

  1. Mendaftar di portal pekerjaan MYFutureJobs yang diuruskan PERKESO agar usaha pencarian pekerjaan mereka dapat dibantu dan dipantau oleh PERKESO
  2. Menghadiri sekurang-kurangnya tiga temuduga dalam sebulan, sama ada secara fizikal atau dalam talian
syarat untuk memohon elaun memohon pekerjaan

Cara membuat permohonan

Permohonan boleh dibuat melalui dengan membuat pendaftaran di bawah platform MyFutureJobs untuk menerima inisiatif ini mulai 15 Julai 2021.Boleh rujuk di bawah cara membuat pendaftaran:

  1. Pertama anda hendaklah Layari portal MYFutureJobs 
  2. Boleh Klik ‘Job Seeker Sign In’ pada bahagian atas kanan skrin (Rujuk gambar dibawah)
cara membuat permohonan elaun memohon pekerjaan

3.Seterusnya, klik ‘Register
4.Kemudian,masukkan emel dan kata laluan pilihan anda sendiri dan klik ‘Register
5.Di paparan seterusnya, terima terma dan syarat untuk masuk ke portal. Anda akan dibawa ke halaman Profil secara automatik.

Selepas itu anda kena “Log In” ke portal MYFutureJobs

  1. Klik ‘Job Seeker Sign In’ pada bahagian atas kanan skrin
  2. Log masuk menggunakan emel dan kata laluan yang telah didaftarkan. Anda akan dibawa ke halaman ‘Match Jobs’ atau padanan kerja di mana anda boleh mencari kerja yang sesuai dengan profil anda berdasarkan bidang kerjaya dan kawasan yang dicari

Anda boleh rujuk panduan lanjut mendaftar di MYFutureJobs di SINI

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh rujuk di laman rasmi PERKESO di https://www.perkeso.gov.my/

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More