Foto bogel akan dihentikan dalam majalah playboy?
Isi Kandungan Tutup
Foto bogel akan dihentikan dalam majalah playboy?
Artikel berkaitan
Sudah 62 tahun pengeluaran, pihak majalah Playboy dengan rasminya telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan menampilkan lagi foto bogel di majalah mereka pada bulan Oktober tahun lalu. Sebagai pertukaran kepada foto ‘bogel’ wanita, Playboy hadir dengan gambar wanita yang seksi atau yang sebetulnya gambar ‘separa bogel’ wanita dan ia dikatakan lebih penuh seni.
Terbukti, Playboy mengikut janji yang diperkatakan, untuk muka hadapan majalah Playboy yang terbaru, Sarah MacDaniel telah dipilih sebagai model pertamanya yang ‘memakai pakaian’. Menurut akhbar New York Times, sidang penerbitan majalah Playboy juga ingin mengurangkan teknik pengubahsuaian gambar yang terlalu tidak masuk akal dan ingin memaparkan keindahan dan keaslian gambar yang akan diambil. Playboy juga dikatakan telah selesai membuat ‘pembedahan plastik’ dan akan hadir dengan cetusan idea yang menarik dan tidak ketinggalan zaman.