Permohonan Baru Geran Khas PRIHATIN bantuan RM3000 untuk PKS
Geran Khas PRIHATIN (GKP ) telah dibuka semula.Bagi anda yang memiliki SSM dan gagal dalam permohonan BPN, anda boleh memohon bantuan RM3,000 Geran Khas Prihatin atau GKP.
Geran ini adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Permohonan adalah terbuka buat semua PKS berdaftar yang layak dan cukup syarat permohonan yang ditetapkan. Peniaga yang tidak sempat memohon GKP yang lepas boleh buat permohonan baru GKP di bawah pakej Kita Prihatin.
Bantuan ini akan diberikan secara one-off kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi meringankan beban kewangan terjejas akibat COVID-19.

TERKINI:
Rayuan Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 akan rayuan GKP 2.0 akan dibuat kepada umum bermula 7 Disember 2020 sehingga 21 Disember 2020
Permohonan rayuan boleh dibuat di portal rasmi gkp.hasil.gov.my
Di sini kami ingin berkongsi 7 kod kenapa permohonan anda ditolak:
Kod Alasan | Alasan Tidak LULUS | Keterangan |
01 | TIDAK BEROPERASI 2020 | Pemohon melaporkan perniagaan tidak beroperasi dalam tahun 2020 pada borang |
02 | JUALAN = 0 ATAU JUALAN >= 300K | Jualan adalah 0 atau melebihi RM 300,000 berdasarkan semakan dengan rekod borang permohonan |
03 | JUALAN >= 300K | Jualan melebihi RM 300,000 berdasarkan semakan dengan rekod data agensi |
04 | TIDAK WUJUD DI AGENSI | Pemohon tidak berdaftar perniagaan dengan agensi berikut sebelum atau pada 31 Ogos 2020 |
05 | PEKERJA >= 5 ORANG | Jumlah pekerja melebihi 4 orang berdasarkan semakan dengan rekod borang permohonan |
06 | PEKERJA >= 5 ORANG | Jumlah pekerja melebihi 4 orang berdasarkan semakan dengan rekod data agensi |
07 | ENTITI PERNIAGAAN LEBIH 1 | Perniagaan melebihi satu permohonan |
Panduan Permohonan Baru GKP 2
Disini kami akan perincikan cara memohon tarikh permohonan dibuka dan semakan kelayakan.
Tarikh permohonan dibuka:
1 Oktober 2020 sehingga 31 Oktober 2020.Jika tiada sebarang perubahan berlaku.
Kadar pembayaran GKP:
✔ Geran RM3,000
✔Khas Untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana. Akan dibayar secara one-one kepada PKS yang layak.
Kelayakan untuk memohon:
Artikel berkaitan
- Warganegara Malaysia
- Jumlah perolehan tahunan kurang dari RM300,000
- Pekerja kurang daripada 5 orang (tidak termasuk pemilik)
- Berdaftar dengan LHDNM / SSM sebelum 31 Disember 2019
- Masih aktif menjalankan perniagaan
- Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh MOF
Bagi yang berdaftar dengan agensi kerajaan contohnya SSM dan PBT tetapi tidak berdaftar dengan LHDNM, masih layak memohon Geran Khas PRIHATIN dengan mengisikan butiran pendaftaran perniagaan di borang permohonan dalam talian semasa memohon
Panduan membuat permohonan secara online
Permohonan Geran Khas Prihatin boleh dibuat secara online melalui portal khas melalui pautan berikut: https://gkp.hasil.gov.my
Permohonan secara manual tidak akan diterima.
Anda boleh terus ke laman rasmi Portal GKP melalui link di bawah: |
Portal Rasmi GKP |
Semakan secara online di buat melalui pautan berikut: https://gkp.hasil.gov.my/
Semakan GKP 2.0 boleh dibuat bermula 27 November ini di portal rasmi gkp.hasil.gov.my dan pembayaran secara on-off bermula 30 November ini.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut
Download Soalan Lazim FAQ GKP HASIL
Laman Rasmi LHDN
No. Tel : HASIL Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
