Umum tahu,berikutan kes pandemik COVID-19 yang meningkat begitu mendadak,Kerajaan telah melaksanakan PKP atau Total Lockdown selama 2 minggu dari 1 Jun hingga 14 Jun 2021.Banyak sektor perniagaan di tutup kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu.Ramai peniaga yang terjejas di sebabkan penutupan ini.
Kerajaan dengan ini melaksanakan Pakej Bantuan 3.0 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) PEMERKASA Tambahan dimana ini akan dapat memanfaatkan peniaga apabila para peniaga akan menerima Geran Khas Tambahan (GKP) Tambahan melalui 2 fasa bayaran.
Boleh juga baca: Bantuan PKP 3.0: Senarai Bantuan PEMERKASA Tambahan
Kadar Bayaran
Terdapat 3 matlamat utama pelaksanaan PEMERKASA Plus/Tambahan iaitu:
- Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam
- Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
- Menyokong Kelangsungan Perniagaan
Melalui Matlamat ke 3,Kerajaan akan terus membantu peniaga-peniaga yang terjejas serta PKS yang terlibat untuk membangunkan perniagaan melalui suntikan bantuan yang di berikan.
Geran ini adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM1,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan yang terjejas akibat wabak COVID-19.
Melalui matlamat tersebut,kerajaan bersetujua untuk memberi suntikan dana tambahan iaitu sebanyak RM500 Dimana sebelum ini adalah RM1000 kepada RM1,500:
- Kadar bayaran GKP Tambahan adalah RM1,500
Mungkin anda berminat untuk baca : Permohonan BPR Tambahan:Bayaran RM500,RM300 Isi Rumah Dan RM100 Bujang
Cara membuat semakan GKP Tambahan
Anda boleh membuat semakan kelayakan GKP Tambahan melalui pautan berikut:
Tarikh Bayaran GKP Tambahan
Bayaran adalah secara berperingkat dimana terdapat dua fasa pembayaran yang melibatkan hampir 1 juta PKS dan perusahaan mikro.Tarikh pembayaran adalah seperti berikut:
- Tarikh Bayaran GKP Tambahan Fasa 1 (RM1,000)
Mulai 10 Jun 2021 - Tarikh Bayaran GKP Tambahan Fasa 2 (RM500)
Bulan Julai 2021
Nota: Akan dikemaskini setelah mendapat makluman terbaru dari LHDN.
Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut,boleh bertanya melalui saluran-saluran berikut:
- Laman Web Rasmi :https://gkp.hasil.gov.my/
- Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/603-8911 1100 (Luar Negara).