Nak jadi cikgu ganti sementara mendapatkan pekerjaan sebenar?Berita baik,Permohonan untuk Guru ganti 2020 sudah dibuka.

Disini kami sediakan panduan lengkap untuk anda memohon permohonan jawatan kosong guru ganti 2020 untuk lepasan SPM, STPM, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang tidak memiliki latihan ikhtisas perguruan seperti IPG atau PISMP.
Untuk makluman, jawatan ini hanya kontrak tidak lebih 3 bulan.
Secara amnya, guru ganti ialah individu yang tiada latihan asas perguruan yang ditempatkan di suatu sekolah bagi mengisi kekosongan sementara guru tetap disebabkan cuti bersalin, cuti sakit, cuti mengerjakan haji, berkursus atau lain-lain hal yang dibenarkan.
Khidmat Guru Ganti akan tamat apabila guru yang diganti telah tamat tempoh bercuti atau berkursus dan kembali bertugas di sekolah.
Bidang Tugas
Isi Kandungan Tutup
Antara tugas seorang guru ganti ialah:
- Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti guru tetap
- Menyediakan buku persediaan mengajar dan rekod pelajar yang diselia seperti yang dilaksanakan oleh guru yang digantikan
- Terlibat dengan Aktiviti ko-kurikulum
- Serta lain-lain tugas dan aktiviti yang diarahkan oleh pihak sekolah
Artikel berkaitan
Gaji guru ganti dibayar harian mengikut kelulusan contohnya RM100 sehari bagi lepasan ijazah, RM72 (lepasan STPM/Diploma) dan RM54 sehari bagi lepasan SPM.
Hanya Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) layak melantik guru ganti yang diperlukan bagi sesebuah sekolah.
Segala urusan gaji turut di bawah bidang kuasa PPD, bukan KPM.
Syarat-syarat Permohonan Guru Ganti 2020
Antara syarat permohonan jawatan ini ialah:
- Warganegara Malaysia
- Sihat tubuh badan dan tidak cacat pancaindera
- Berumur antara 18 – 30 tahun (Bukan Siswazah) atau 18 – 35 tahun (Siswazah)
- Sekurang-kurangnya Kepujian dalam empat (4) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia di peringkat SPM
- Syarat tambahan bagi Guru Ganti Pendidikan Islam: Kepujian Bahasa Arab (SPM) / Bahasa Arab Tinggi dan Agama Islam Tinggi / IV Senawi
- Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Cina: Kepujian Bahasa Cina (SPM)
- Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Tamil: Kepujian Bahasa Tamil (SPM)
Sekiranya anda layak, sila download dan isi borang di bawah kemudian hantar ke PPD masing-masing bagi urusan panggilan temuduga dan sebagainya.
- Borang GG2020-C : Borang Pemohonan Jawatan Guru Ganti 2020
- Kedudukan Perkhidmatan Guru : Kelayakan Sekolah Untuk Memohon Guru Ganti
- PP Bil.5 Tahun 2017 : Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam
- PP Bil.3 Tahun 2011 : Dasar dan Prosedur Pengambilan Pekerja Sambilan Harian
- Pegawai Pengawal 2019 : Arahan Pegawai Pengawal Tahun 2019 KPM
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi pegawai di bawah:
PUAN SITI RAHAYU BINTI RAMLEE
Penolong PPD Menengah & Tingkatan Enam
Sektor Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara
Tel: 05-2544877 / 2427293 ext 106
E-mel: [email protected]
