i-Citra KWSP:Cara Permohonan dan pengeluaran sehingga RM5,000
Melalui pengumuman perdana menteri berkaitan Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat pengeluaran maksimum sehingga RM5000. Pengeluaran RM1000 sebulan selama 5 bulan bermula Ogos. Pengeluaran KWSP ini dikenali sebagai i-Citra.
Seramai 12.6 juta ahli KWSP di seluruh negara berpeluang mendapatkan kemudahan i-Citra dan jumlah pengeluaran tersebut tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP.Pengeluaran i-Citra diperkenalkan adalah untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada pencarum KWSP yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka bagi jangka masa yang pendek.
Syarat kelayakan Permohonan i-Citra KWSP
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang diperlukan:
- Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah termasuklah bukan warganegara dan pemastautin tetap
- Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya minimum RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan
- Ahli yang telah memohon i-Lestari dan i-Sinar layak memohon namun tertakluk pada syarat kelayakan 1 & 2 seperti di atas
- Anggota Perkhidmatan Awam. *Berkemungkinan akan berdepan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak
Kadar Jumlah pengeluaran yang dibenarkan
- Amaun kelayakan pengeluaran bagi kemudakan i-Citra adalah sehingga maksimum RM5,000 dan bayaran bulanan akan dibuat sehingga 5 bulan.
- Ini bermakna, jumlah maksimum pengeluaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
- Bayaran minimum adalah RM50
- Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)
Tarikh permohonan
Permohonan akan dibuka bermula 15 Julai 2021 dan di tutup pada 30 September 2021.Namun permohonan di buka awal dua hari iatu pada 12 Julai 2021 secara atas talian (Online).
Cara membuat permohonan i-Citra KWSP
Permohonan boleh dilakukan secara online di Portal icitra.kwsp.gov.my
Boleh ikuti langkah demi langkah cara membuat permohonan di sini:
- Layari portal rasmi i-Citra di pautan https://icitra.kwsp.gov.my/
- Masukkan no. kad pengenalan dan no telefon bimbit yang aktif.
- Klik butang ‘Teruskan.’
- No OTP yang akan dihantar melalui SMS ke no telefon bimbit yang dimasukkan.
- Masukkan nombor OTP tersebut dan klik butang ‘Sahkan OTP.’
- Jawab soalan keselamatan jika diperlukan.
- Jika tiada masalah , anda akan berjaya login ke dalam sistem i-Citra.
- Pilih Amaun Pilihan, amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM 5,000 bergantung kepada baki akaun anda
- Gerakkan slider pilihan yang berbentuk bulat itu ke kiri dan ke kanan untuk memilih jumlah amaun yang dikehendaki.Jika anda ingin keluarkan amaun maksimum iaitu RM 5,000, tarik slider ke hujung sebelah kanan
- Paparan jadual bayaran akan dipaparkan. Bayaran yang ditetapkan adalah maksimum RM 1,000 sebulan atau tertakluk kepada baki simpanan.
- Tekan butang TERUSKAN.
- Teruskan dengan melengkapkan Maklumat Permohonan
- Isikan nama penuh seperti dalam Kad Pengenalan
- Masukkan nombor MyKad
- Masukkannombor telefon bimbit
- Masukkan alamat email
- Masukkan alamat rumah
- Masukkan poskod
- Isikan bandar
- pilihan negeri
- Teruskan cara mohon i-Citra ini dengan melengkapkan Maklumat Pembayaran
- Pilih Bank untuk permohonan pengeluaran i-Citra dan masukkan nombor akaun bank (simpanan/semasa).
- Klik butang ‘Teruskan.’
- Teruskan dengan menyemak Maklumat Permohonan & Pembayaran.
- Tick kotak Perakuan Terma & Syarat untuk persetujuan
- Tick ‘saya bukan robot’ bagi meneruskan permohonan pengeluaran online
- Paparan yang tertulis ‘Terima Kasih’ menunjukkan permohonan telah diterima.
- Klik butang ‘Cetak & Simpan’ untuk mencetak atau menyimpan rekod permohonan i-Citra.
NOTA: Isi dengan permohonan dengan teliti sebelum hantar kerana tiada sebarang Pindaan Amaun dibenarkan setelah permohonan dibuat.
Tarikh bayaran
Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai iaitu pada bulan pertama akan diterima pada bulan Ogos.
Cara Membuat semakan baki Akaun KWSP
Proses semakan baki akaun boleh dibuat melalui 3 cara iaitu
1. i Akaun (Ahli)
Boleh panduan lengkap daftar i-Akaun
2. Aplikasi Mudah Alih i-Akaun
3. Kios KWSP (Termasuk kiosk di premis pihak ketiga)
Seperti yang kita sedia maklum,hebahan dari KWSP pengeluaran i-Citra akan menggunakan simpanan Akaun 2 terlebih dahulu, sekiranya tidak cukup barulah menggunakan baki simpanan Akaun.Contoh boleh rujuk gambar di bawah:
Soalan Lazim
i-Citra KWSP merupakan satu inisiatif dari Kerajaan dimana pencarum KWSP boleh membuat pengeluaran maksimum sehingga RM5000. Pengeluaran RM1000 sebulan selama 5 bulan bermula Ogos.
Permohonan Permohonan akan dibuka bermula 15 Julai 2021 Namun permohonan di buka awal dua hari iatu pada 12 Julai 2021
Menurut KWSP, terdapat 2 cara yang boleh dilakukan jika anda telah menukar nombor telefon iaitu:
1.Jawab soalan keselamatan
2.Mengemaskini / update nombor telefon terbaru di kaunter / kios KWSP
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh rujuk melalui saluran di bawah:
- Kenyataan Media KWSP: Pengumuman KWSP
- Soalan Lazim dari KWSP: FAQ i-CITRA
- Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848
- Media sosial KWSP
- Laman Rasmi :Kumpulan Wang Simpanan Pekerja