I-Sinar KWSP Kategori 2.Dah mohon I-Sinar Kategori 1 dan tidak berjaya,tidak mengapa kerana permohonan untuk i-Sinar-KWSP-2021 kategori 2 akan dibuka pada 11 Januari 2021 ini.
Semakan status permohonan I-Sinar kategori 1 telah pun dibuka,kepada yang sudah mohon dan belum lagi membuat semakan,boleh rujuk Pautan dibawah untuk cara membuat semakan:
Semakan i-Sinar KWSP Akaun 1 (Kategori 1) 2021
Tarikh dan Kelayakan permohonan I-Sinar KWSP Kategori 2
Tarikh permohonan akan dibuka pada 11 Januari 2021.
Pemohon yang layak membuat permohonan untuk Kategori 2 ialah:
- Ahli yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas [jumlah gaji pokok termasuk bayaran lain seperti elaun dan elaun kerja lebih masa] 1 Mac 2020
- Mempunyai dokumen sokongan sebagai bukti pengurangan pendapatan
Boleh juga baca: Panduan Pengeluaran i-Sinar KWSP akaun 1
Dokumen sokongan yang diperlukan
Permohonan ini memerlukan dokumen sokongan seperti berikut:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan
- Notis pemberhentian; ATAU
- Bukti pemotongan elaun; DAN/ATAU
- Tuntutan kerja lebih masa
Nak mohon I-Sinar Kategori 2 tetapi tidak mempunyai dokumen sokongan seperti di atas?
Anda masih boleh membuat permohonan tetapi dengan dokumen lain seperti Dokumen Bukti Pendapatan Terjejas
Contoh Dokumen Bukti Pendapatan Terjejas:
- Notis diberhentikan kerja daripada majikan
- Notis diberi cuti tanpa gaji daripada majikan
- Notis potongan gaji daripada majikan
- Notis potongan elaun daripada majikan
- Notis potongan OT (Elaun kerja lebih masa) daripada majikan
- Penyata akaun perniagaan/ laporan pendapatan bulanan (Bagi yang bekerja sendiri)
- Surat akuan pengesahan pendapatan (Bekerja sendiri / tidak mempunyai slip gaji)
Untuk pengetahuan anda,anda masih boleh memohon jika tiada dokumen sokongan jika anda betul-betul mengalami pendapatan terjejas tetapi anda hendaklah :
- Hadir ke cawangan KWSP berdekatan untuk perbincangan
- Terbuka untuk bincang dan meneliti keadaan semasa
- Jelaskan keadaan atau situasi yang melayakkan pemohon mendapatkan bantuan i-Sinar
Cara membuat permohonan I-Sinar KWSP Kategori 2
Permohonan perlu dibuat secara atas talian melalui https://isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.
Boleh ikut panduan bergambar dibawah:


Status permohonan dan pembayaran I-Sinar Kategori 2
Berikut adalah Status permohonan dan pembayaran
- Status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa 2 ke 3 minggu selepas pembayaran dibuat.
- Pembayaran akan dijalankan sebelum akhir bulan berikutnya selepas mendapat kelulusan.
- Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan dan dikreditkan ke akaun bank anda mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda
- Pembayaran bagi permohonan i Sinar kategori 2 yang lulus akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan mengenari pengeluaran Akaun 1 KWSP,boleh hubungi:
- Telefon: 03-8922 6000
- Facebook: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
- Laman Sesawang: Portal Rasmi KWSP