Impak berbeza, Pierre Andre berharap karya “Highland Tower” mendapat penerimaan dan sambutan yang baik

0
Pierre Andre  di Pra tonton  "Highland Tower"
Pierre Andre

Pelakon dan pengarah popular, Pierre Andre berharap Filem garapan terbaru beliau, ” Highland Towers ” dapat  menghasilkan impak yang berbeza dalam industri perfileman di Malaysia.Beliau berharap filem ini dapat mncetuskan sesuatu yang baru dalam penghasilan f ilem-filem paranormal di Malaysia.

Filem ini diolah dari perspektif yg berbeza dan unik dimana ia diambil dari rakaman asal yang ditemui dan melalui beberapa sedikit proses penyuntingan.Menurut beliau yang ditemui ketika majlis pra-tonton filem tersebut di Damansara,sepanjang proses pengambaraan ,Kru kami mengalami beberapa perkara pelik tetapi  tetapi  kami dapat menyelesaikannya tanpa sebarang masalah dan perkara-perkara yang tidak di ingini dapat dielakkan.

Filem yang dihasilkan adalah bercorak  paranormal dan seram dimana proses pengambaraan di lakukan di kondominium Highland Towers di Ulu Klang, Selangor yang telah mengorbankan 48 orang pada kejadian 20 tahun yang lalu.

Menurut beliau atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazarul Andre , 28, walaupun pengambaraan filem itu memakan masa yang pendek tetapi ia tak bermaksud bahawa filem tersebut adalaha filem yang tidak berkualiti.

Beliau juga ingin memberikan  sesuatu yang berbeza dan lebih yakin dalam filem ini dengan memilih pelakon-pelakon baru sebagai teraju utama seperti Atikah Suhaime , Eddie Rauf, Adibah Yunus, Shima Anuar dan  Michael Andre iaitu abangnya sendiri.Dia memilih Michael dan beberapa pelakon baru kerana yakin setelah melihat  keupayaan mereka melalui   jiwa dan mental dalam membintangi filem yang bercorak paranormal.

Filem ini mengisahkan seorang penyampai televisyen bernama Shima yang ingin menghasilkan dokumentari yang melibatkan aktivi-aktiviti paranormal.Untuk membuat dokumentari tersebut,dia telah memilih lokasi Highland Towers di Taman Hillview , Ulu Klang Pada pengambaraan waktu malam,Shima telah melihat beberapa perkara pelik yang yang tidak berada di dalam lensa kameranya.Pierre Andre berharap dengan garapan filem terbaru ini mendapat sambutan baik dari peminat-peminat filem paranoramal di luar sana.

Filem ini dijadualkan akan berada di pawagam-pawagam berdekatan pada 31 Oktober ini.Sama-sama la kita menyokong industri perfilemanan negara kita dengan berkunjung ke pawagam-pawagam yang berdekatan anda.

 

 

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More