Sabah Negeri Pajakan | Isu Sebenar Pencerobohan Lahad Datu

0

576210_10151417467018046_655295310_nSabah Negeri Pajakan | Isu Sebenar Pencerobohan Lahad Datu

| Hari ni gua nak cerita situasi sebenar bermulanya Krisis Pencerobohan Lahad Datu. Yang patut Rakyat Malaysia tahu, ini bukan sekadar Pencerobohan Lahad Datu, ianya adalah pada Skala Besar… Lebih tepat lagi kalau disebut Pencerobohan Sabah.

Gambar Hiasan

[Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar]

Fakta: Sabah adalah sebuah Negeri Pajakan. Maklumat mengatakan bahawa Sabah adalah sebuah Negeri yang di Pajak kepada Malaysia oleh Kesultanan Sulu & Perjanjian Pajakan akan berakhir pada pertengahan bulan Mac.

Lepas berakhir tempoh Pajakan, Filipina akan membawa kes Tuntutan Sabah sebagai Hak Negara Filipina ke Mahkamah Dunia.

Pembuktian Hak perlu dibuat di Mahkamah untuk Tuntutan tersebut. Antara bukti yang perlu di ketengahkan (antaranya) ialah Kehadiran Rakyat Filipina di Sabah sebagai Penduduk Tetap.

Hari ini lebih dari setengah juta Rakyat Filipina berketurunan Sulu sudah berada di Sabah. Bukan saja diiktiraf sebagai Penduduk Tetap malahan diberi Kerakyatan melalui Projek Pemberian IC tajaan Barisan Nasional dalam kempen Pilihanraya Umum di zaman Mahathir Mohamad.

Kerajaan Malaysia tahu akan perkara ini, maka diwujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja siasat pendatang asing Sabah 2012 atau lebih dikenali dengan RCI.

Filipina melihat isu RCI sebagai ancaman keatas Tuntutan yang bakal dibuat oleh Filipina keatas Sabah di Mahkamah Dunia dimana kemungkinan besar, Rakyat Filipina berketurunan Sulu yang berada di Sabah kebanyakannya penerima IC Projek akan dibatalkan Kerakyatan Negara Malaysia & dihantar pulang ke Filipina.

Jika ini berlaku, Filipina akan gagal dalam pembuktian Utama dalam Tuntutan yang bakal dibuat di Mahkamah dunia.

Persefahaman dimeterai antara Kerajaan Filipina dengan Pejuang Sulu dengan Perjanjian Pengiktirafan Sabah (sekiranya berkaya dituntut) akan diberi kepada Kesultanan Sulu & menjadi salah 1 Negeri dalam Negara Filipina.

Persetujuan yang dicapai ialah Tentera Kesultanan Sulu menyusup masuk ke Malaysia & membuat Tuntutan mereka sedangkan Agenda Utama Pakatan tersebut ialah bagi menggagalkan usaha Malaysia dalam OPS RCI.

Kegagalan OPS RCI bermakna kemungkinan Besar Filipina berjaya dalam Tuntutan Hak keatas Sabah di Mahkamah Dunia terbuka luas. Sabah adalah sebuah Negeri yang kaya dengan Hasil Bumi: Petrolium, Balak & Hasil Laut.

Isu paling besar bagi gua sekarang ialah “Kemana Arah Pemikiran Pimpinan Negara terutama Barisan Nasional”..?

Situasi Politik di Sabah sekarang mempengaruhi keputusan yang bakal dibuat oleh Pimpinan Barisan Nasional. Angin Perubahan yang kencang sedang berlaku di Sabah. Laungan “Inikalilah” bergema dimana-mana termasuk dikalangan Masyarakat Sulu berstatus Warganegara Malaysia di Sabah.

Tindakan keras keatas Tentera Sulu (yang dibelakangnya Kerajaan Filipina) akan mengakibatkan Kehilangan Undi dalam Pilihanraya akan datang akibat sentimen “Inikalilah” ditambah pula dengan kesan “Kemarahan” atas tindakan keatas saudara-saudara mereka para tentera Sulu.

Jika dibiarkan mereka (Tentera Sulu) bermaharajalela kesannya ialah kemungkinan untuk Malaysia kehilangan sebuah Negeri yang kaya sangat besar sekiranya Tuntutan Filipina di Mahkamah Dunia kelak berjaya.

Masuk bab Politik.

Kesilapan besar Kerajaan Malaysia dibawah Kepimpinan Barisan Nasional ialah “Gila Kuasa”. Kerana penyakit “Gila Kuasa”, kerakyatan secara besar-besaran diberi kepada Pendatang Asing semata-mata untuk meraih undi dalam Pilihanraya.

Kesannya dapat kita lihat sekarang.

Isu “Pajakan Sabah” tidak cuba diselesaikan dari awal… Samada terlepas pandang atau tiada kalangan Pimpinan yang “mampu berfikir” itu kita tak tahu.

Pepatah terbaik pada masa ini: “Nasi Sudah Menjadi Bubur”.

Majoriti Rakyat Sabah yang Prihatin tahu akan kebenaran hal ini.

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More