JaminKerja PERKESO merupakan salah satu insentif kerajaan untuk di dalam Bajet 2022 untuk memberi manfaat kepada pencari kerja.Insentif ini di jangka akan memberi manfaat kepada 300,000 pencari kerja pelbagai golongan. Kerajaan memperuntukkan RM2 bilion di dalam Bajet 2022 untuk JaminKerja Insentif Penggajian (JKIP).
Berikut kami kongsikan mengenai maklumat insentif ini.
Maklumat JaminKerja PERKESO
Insentif ini adalah merupakan bantuan peluang pekerjaan iaitu Kerajaan akan menyediakan 600,000 peluang pekerjaan di bawah inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (JaminKerja) yang melibatkan peruntukan berjumlah RM4.8 bilion.Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan juga akan meneruskan usaha pengambilan pekerja melalui inisiatif insentif penggajian JaminKerja melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan sasaran 300,000 orang
Insentif JaminKerja Keluarga Malaysia
Melalui insentif,majikan yang mengambil keluarga Malaysia yang tidak aktif bekerja, kerajaan akan memberi insentif sebanyak 20 peratus daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama dan 30 peratus bagi enam bulan berikutnya tertakluk kepada pekerjaan bergaji RM1,500 ke atas
Bagi menggalakkan majikan menyediakan peluang pekerjaan kepada kumpulan tumpuan seperti Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asli dan banduan, kerajaan juga akan memberi insentif sebanyak 30 peratus daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama dan 40 peratus bagi enam bulan berikutnya, tertakluk kepada gaji RM1,200 ke atas.
Insentif tersebut turut dipanjangkan kepada majikan yang menggaji golongan wanita tidak bekerja melebihi 365 hari, ibu tunggal dan suri rumah sebagai usaha menggalakkan wanita kembali bekerja.
Boleh baca: JaminKerja PERKESO:Permohonan Dan Bantuan Sehingga RM900 Selama 6 Bulan
Secara Ringkas,boleh rujuk di bawah:
Kadar Insentif Penggajian JaminKerja
- Pencari Kerja/ Ganti Pekerja Asing
Kadar insentif: 20% untuk 6 bulan pertama, 30% dari gaji pekerja bagi 6 bulan terakhir - Golongan Rentan/ Wanita/ Sektor ICT/ Sektor Pelancongan
Kadar insentif: 30% dari gaji pekerja bagi 6 bulan pertama, 40% dari gaji pekerja bagi 6 bulan terakhir - Perantis
Kadar insentif: Elaun sebanyak RM900 sebulan bagi tempoh 6 bulan - Pekerja Gig
Kadar insentif: Insentif bekerja di sektor gig berjumlah RM600 sebulan bagi tempoh 6 bulan
Syarat Kelayakan untuk setiap Kategori
Pencari Kerja
- Individu berumur 18 hingga 50 tahun yang tidak aktif bekerja
Ganti Pekerja Asing
- Penggantian jawatan yang ditawarkan kepada pekerja tempatan bagi menggantikan pekerja asing & pengawal dagang
- Tambahan 10% daripada gaji akan diberikan kepada pekerja setiap bulan bagi tempoh 12 bulan
Golongan Rentan
- Individu/ Graduan yang menganggur melebihi 180 hari
- Bekas Tentera
- Orang Asli
- Banduan/ orang yang diparoi
- Golongan Orang Kurang Upaya yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Peserta Program RTW PERKESO
- Pekerja berumur 50 tahun dan ke atas
Wanita
- Golongan wanita yang tidak bekerja melebihi 365 hari termasuk career break
- Ibu tunggal/ suri rumah
- Termasuk tawaran kerja secara fleksibel
Sektor Utama
- Digital Skills Related (ICT)
- Sektor Pelancongan
Perantis
- Lepasan sekolah dan graduan berumur 18 hingga 30 tahun
- Tawaran pekerjaan adalah untuk jenis jawatan Eksekutif
- Diploma dan ke atas sahaja
Pekerja Gig
Melibatkan pencari kerja daripada kategori:
- Orang yang kehilangan pekerjaan
- Golongan rentan seperti miskin termasuk senarai individu berdaftar dengan eKasih
- Pekerja yang ditimpa cuti tanpa gaji
- Individu/ Graduan yang menganggur melebihi 30 hari
- Golongan suri rumah dan berpendapatan rendah
Tambahan RM200 sebulan disediakan jika pekerja gig dapat menerima hasil yang lebih daripada RM2,500 sebulan ataupun bekerja lebih daripada 120 jam.
Boleh juga baca: Cara Mohon SIP GIG PERKESO 2022
Cara membuat permohonan JaminKerja PERKESO
Kepada majikan majikan yang telah membuat pengambilan pekerja baharu mulai 1 Januari 2022,Permohonan boleh di buat di laman berikut https://jaminkerja.perkeso.gov.my.Permohonan di buka bermula 17 Januari 2022.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan Maklumat lanjut,boleh lihat atau hubungi di medium berikut:
- Facebook : Pertubuhan Keselamatan Sosial
- Telefon : 1-300-22-8000
- Laman web: http://www.perkeso.gov.my/ atau https://www.perkeso.gov.my/bajet-2022.html
- E-mel: perkeso@perkeso.gov.my