Kadar Zakat Fitrah 2022:Kadar bayaran dan Cara Pembayaran Online

Kadar Zakat Fitrah 2022 ditetapkan oleh Majlis Agama Islam setiap negeri berdasarkan nilai satu gantang Baghdad beras yang dimakan oleh majoriti penduduk Islam di negeri masing-masing.Semua umat Islam yang cukup syarat wajib membayar Zakat Fitrah

Umat Islam dinasihatkan supaya  membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri. Sebaik-baiknya adalah menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Maklumat Zakat Fitrah

Umat Islam dinasihatkan supaya membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri. Sebaik-baiknya adalah menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri.

كُنَّا نُخْرِجُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ طَعَامٍ. وَقَالَ أَبُو سَعِيدٍ وَكَانَ طَعَامَنَا الشَّعِيرُ وَالزَّبِيبُ وَالأَقِطُ وَالتَّمْرُ

Maksudnya“Pada zaman Rasulullah SAW kami mengeluarkan zakat fitrah pada hari raya sebanyak segantang makanan. Gandum, kismis, keju dan tamar ialah makanan kami.”

Riwayat al-Bukhari (1439)

Ukuran gantang yang digunakan oleh Rasulullah SAW menyamai 4 cupak. Kadar ini menyamai sukatan 3 liter, iaitu bersamaan kira-kira 2400 garam. Mengikut sukatan segantang dikira dengan gram ialah 2750 gram.

Sekiranya gandum ialah makanan asasi penduduk di negara kita, maka zakat fitrah yang wajib atas setiap individu adalah sebanyak 3 liter.

Zakat Fitrah

Hukum Zakat Fitrah dan siapa kena bayar?

Zakat fitrah diwajibkan ke atas dirinya sendiri, setiap orang yang wajib diberi nafkah.

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Carian berkaitan:
Cara Tukar Status Akaun Tabung Haji Kanak-Kanak Ke Status Dewasa
Daftar THiJARI:Pendaftaran Dan Semakan Online Penyata Tabung Haji
Cara Daftar Haji Online Melalui Akaun THiJARI Untuk Diri Sendiri Dan Anak

Syarat-syarat wajib bagi menunaikan zakat fitrah adalah:

  • Al-Islam, diwajibkan juga kepada orang yang murtad selepas ia memeluk islam.
  • Waktu, sesungguhnya telah ditetapkan waktu diwajibkannya. Iaitu ketika terbenamnya matahari pada hari yang terakhir bulan Ramadhan
  • Berkemampuan untuk mengeluarkan zakat fitrah ketika waktu diwajibkan zakat. Sekiranya kemampuannya itu selepas waktunya maka tidak diwajibkan (Lihat: al-Muktamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/98)

Tempoh bayaran Zakat Fitrah

Pembayaran boleh di buat pada bulan Ramadhan sehingga pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan Solat Sunat Aidil Fitri.

Hukum mengeluarkan zakat fitrah pada awal bulan Ramadan atau pertengahannya ada beberapa pendapat:

  • Harus sebelum raya, sehari atau dua hari. Tetapi lebih daripada itu tidak diharuskan mengikut pendapat Mazhab Malik dan Hanbali.
  • Harus mengeluarkannya daripada pertengahan bulan Ramadan. ini satu pendapat dalam Mazhab Hanbali.
  • Harus mengeluarkannya pada awal bulan. Ini adalah satu qaul dalam Mazhab Hanafi, Syafie, dan satu pendapat dalam Mazhab Hanbali.
  • Harus mengeluarkannya secara mutlak walaupun sebelum Ramadan.
  • Menurut Ibn Ruslan, hukum melambatkan bayaran zakat fitrah sehingga satu hari raya adalah haram. Pendapat ini disepakati oleh seluruh ulama. Mengikut jumhur ulama, melambatkan pembayaran zakat tersebut adalah berdosa dan wajib diqadha’. Ini kerana ia merupakan hak bagi harta dan ia tidak akan gugur dengan luput waktunya.

*Sumber: Mufti WP

Kadar Zakat Fitrah 2022 setiap Negeri dan Pembayaran Online

Berikut adalah kadar Zakat Fitrah yang di kenakan setiap negeri sepertimana yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri dan Pautan untuk bayar online :

Perlis
Kadar Bayaran: RM7.00
Pautan Bayaran Online: https://www.maips.gov.my/


Kedah
Kadar Bayaran: RM7.00/ RM14.00/ RM21.00
Pautan Bayaran Online: https://jom.zakatkedah.com.my/


Pulau Pinang
Kadar Bayaran:RM7.00/ RM12.00/ RM16.00
Pautan Bayaran Online: https://zakatpenang2u.com/


Perak
Kadar Bayaran: RM7.00/ RM14.00/ RM21.00
Pautan Bayaran Online: https://ezakat.maiamp.gov.my/


Selangor
Kadar Bayaran: RM7.00/ RM14.00/ RM21.00
Pautan Bayaran Online: https://fpx.zakatselangor.com.my/


Negeri Sembilan
Kadar Bayaran: RM7.00
Pautan Bayaran Online: https://www.zakatns2u.biz/fitrah/


Melaka
Kadar Bayaran: RM7.00/ RM14.00
Pautan Bayaran Online: https://ebayar.melaka.gov.my/


Johor
Kadar Bayaran: RM7.00/ RM10.00
Pautan Bayaran Online: https://epayment.maij.gov.my/


Pahang
Kadar Bayaran: RM7.00
Pautan Bayaran Online: https://ezakat.muip.gov.my/


Terengganu
Kadar Bayaran: RM7.00
Pautan Bayaran Online: https://ezakat.maidam.gov.my/online/


Kelantan
Kadar Bayaran: RM7.00/ RM14.00/ RM21.00
Pautan Bayaran Online: https://www.e-maik.my/


Sarawak
Kadar Bayaran: RM7.00
Pautan Bayaran Online: https://pelanggan.tbs.org.my/


Sabah
Kadar Bayaran: RM7.00
Pautan Bayaran Online: https://appszakat.sabah.gov.my/


Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan
Kadar Bayaran: RM5.00/ RM7.00/ RM14.00
Pautan Bayaran Online:
https://www.maiwp.gov.my/ (Kuala Lumpur)
http://fitrah.zakat.com.my/

Setiap pembayar zakat hendaklah memilih kadar zakat sepadan dengan harga beras yang menjadi makanan asasi masing-masing.

Contohnya umat Islam di Negeri Melaka menjadikan makanan hariannya iaitu beras daripada jenis super tempatan perlu membayar sebanyak RM7. Manakala kadar RM14 pula bagi mereka yang menjadikan makanan hariannya daripada beras import termasuklah dari beras wangi, beras basmathi dan seumpamanya.

Umat Islam dinasihatkan supaya memastikan mereka membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Kepada Rakan Anda yang Belum Tahu!