Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Kalendar 2024:Senarai Cuti Umum dan Cuti Sekolah Malaysia KPM

0 4,460

Takwim Cuti 2024 / 2025 & Kalendar Akademik Sekolah KPM.

Kalendar 2024 mengandungi semua senarai cuti umum dan cuti sekolah malaysia/cuti penggal persekolahan sepanjang tahun 2024.

Makluman bagi anda yang ingin merancang percutian atau sebarang aktiviti sepanjang tahun 2024 bersama keluarga,rakan-rakan dan sebagainya.

Senarai ini adalah rujukan dari pelbagai sumber melalui kalendar 2024 dan takwin persekolahan KPM untuk tarikh school holidays 2024. Kalendar ini tertakluk kepada sebarang perubahan dan akan dimaklumkan dari masa ke semasa  tertakluk kepada sebarang perubahan rasmi dari kerajaan atau pihak yang berkaitan.

Senarai Tarikh Cuti Umum/ Hari Kelepasan Am 2024 seluruh negeri Malaysia

Senarai cuti umum/Hari kelepasan Am ini termasuk semua negeri di Malaysia iaitu

  1. Johor
  2. Kedah
  3. Kelantan
  4. Kuala Lumpur
  5. Labuan
  6. Melaka
  7. Negeri Sembilan
  8. Pahang
  9. Pulau Pinang
  10. Perak
  11. Perlis
  12. Putrajaya
  13. Sabah
  14. Sarawak
  15. Selangor
  16. Terengganu

Senarai Cuti Umum dan Perayaan Kalendar 2024

Berikut adalah kalendar 2024 setiap Bulan:

Januari 2024

Jan 24

Senarai tarikh cuti umum dan pelepasan am bagi bulan Januari 2024:

  • 1 Januari – Tahun Baru (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu)
  • 14 Januari – Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (Negeri Sembilan sahaja)
  • 15 Januari – Cuti Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (Negeri Sembilan sahaja)
  • 25 Januari – Hari Thaipusam (Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya & Selangor)

Februari 2024

Senarai tarikh cuti umum dan pelepasan am bagi bulan Februari 2024:

  • 1 Februari – Hari Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya)
  • 8 Februari – Israk dan Mikraj (Kedah, N. Sembilan, Perlis & Terengganu)
  • 10 Februari – Tahun Baru Cina (Semua Negeri)
  • 11 Februari – Tahun Baru Cina Hari Kedua (Semua Negeri)
  • 12 Februari – Cuti Tahun Baru Cina (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu)

10 dan 11 Februari adalah cuti dan hari pelesan am bagi seluruh Malaysia sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Cuti dan hari pelepasan lain adalah berkaitan untuk negeri yang dinyatakan sahaja.

Mac 2024

mac 24

Senarai tarikh cuti umum dan pelepasan am bagi bulan Mac 2024:

  • 4 Mac – Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu (Terengganu sahaja)
  • 12 Mac – Awal Ramadan (Johor, Kedah & Melaka)
  • 23 Mac – Hari Keputeraan Sultan Johor (Johor sahaja)
  • 28 Mac – Hari Nuzul Al-Quran (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah & Sarawak)
  • 29 Mac – Good Friday (Sabah & Sarawak sahaja)

Tarikh 12 Mac dijangka menjadi hari pertama permulaan Bulan Ramadan yang menandakan bermulanya ibadah berpuasa bagi umat Islam di Malaysia (Tertakluk pada perubahan)

April 2024

Senarai tarikh cuti umum dan pelepasan am bagi bulan April 2024:

  • 10 April – Hari Raya Aidilfitri (Semua Negeri)
  • 11 April – Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua (Semua Negeri)
  • 15 April – Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah (Melaka)
  • 26 April – Hari Keputeraan Sultan Terengganu (Terengganu sahaja)

Umat Islam dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 10 April mengikut kalendar 2024 (tertakluk pada perubahan).

Mei 2024

Mei 24

Senarai tarikh cuti umum dan pelepasan am bagi bulan Mei 2024:

  • 1 Mei – Hari Pekerja (Semua Negeri)
  • 17 Mei – Hari Keputeraan Raja Perlis (Perlis sahaja)
  • 22 Mei – Hari Hol Pahang (Pahang sahaja)
  • 22 Mei – Hari Wesak (Semua Negeri)
  • 30 Mei – Pesta Kaamatan (Labuan & Sabah sahaja)
  • 31 Mei – Pesta Kaamatan Hari Kedua (Labuan & Sabah sahaja)

Kecuali Hari Pekerja dan Hari Wesak, cuti dan hari pelepasan am bagi kalendar Mei 2024 adalah untuk negeri yang dinyatakan sahaja.

Jun 2024

Senarai tarikh cuti umum dan pelepasan am bagi bulan Jun 2024:

  • 1 Jun – Hari Gawai (Sarawak)
  • 2 Jun – Hari Gawai Hari Kedua (Sarawak)
  • 3 Jun – Hari Gawai Hari Kedua (Sarawak)
  • 3 Jun – Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong (Semua Negeri)
  • 16 Jun – Hari Arafah (Terengganu)
  • 16 Jun – Hari Keputeraan Sultan Kedah (Kedah sahaja)
  • 17 Jun – Hari Raya Haji (Semua Negeri)
  • 18 Jun – Hari Raya Haji Hari Kedua Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu

Julai 2023

julai 24

Senarai tarikh cuti umum dan pelepasan am bagi bulan Julai 2024:

  • 7 Julai – Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown (Pulau Pinang)
  • 7 Julai – Awal Muharram (Semua Negeri)
  • 8 Julai – Cuti Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown (Pulau Pinang)
  • 8 Julai – Cuti Awal Muharram (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu)
  • 13 Julai – Harijadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (Pulau Pinang)
  • 22 Julai – Hari Sarawak (Sarawak sahaja)
  • 30 Julai – Hari Keputeraan Sultan Pahang (Pahang sahaja)

Mengikut kalendar 2024, hanya 7 Julai (Awal Muhharram) sahaja merupakan cuti umum dan hari pelesan am bagi semua negeri sementara tarikh lain yang dinyatakan di atas tertakluk untuk negeri yang terlibat sahaja.

Ogos 2024

Senarai tarikh cuti umum dan pelepasan am bagi bulan Ogos 2024:

  • 24 Ogos – Harijadi Yang di-Pertua Negeri Melaka (Melaka sahaja)
  • 31 Ogos – Hari Kebangsaan (Semua Negeri)

Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 67 pada tahun 2024.

September 2024

Sept 24

Senarai tarikh cuti umum dan pelepasan am bagi bulan September 2024:

  • 15 September – Maulidur Rasul (Semua Negeri)
  • 16 September – Hari Malaysia (Semua Negeri)
  • 29 September – Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Kelantan sahaja)
  • 30 September – Hari Keputeraan Sultan Kelantan Hari Kedua (Kelantan sahaja)

Oktober 2024

Senarai tarikh cuti umum dan pelepasan am bagi bulan Oktober 2024:

  • 5 Oktober – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah (Sabah sahaja)
  • 12 Oktober – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak (Sarawak sahaja)
  • 31 Oktober – Hari Deepavali Semua Negeri kecuali (Sarawak sahaja)

November 2024

Nov 24

Senarai tarikh cuti umum dan pelepasan am bagi bulan November 2024:

1 November – Hari Keputeraan Sultan Perak (Perak sahaja)

Disember 2024

Senarai tarikh cuti umum dan pelepasan am bagi bulan Disember 2024:

  • 1 Disember – Hari Keputeraan Sultan Selangor (Selangor sahaja)
  • 24 Disember – Cuti Hari Natal (Sabah sahaja)
  • 25 Disember – Hari Krismas (Semua Negeri)

Anda juga boleh baca: Towing Kereta Percuma:Semak Had Jarak Dan Kadar Bayar Wang Tunda

Takwim Persekolahan 2024/2025 KPM

Berikut dilampirkan Kalendar Akademik KPM bagi sesi 2024 / 2025 sekolah-sekolah Kumpulan A dan Kumpulan B:

Kumpulan A

Takwin persekolahan KPM 2024 Jadual A

Kumpulan B

Cuti Perayaan Sekolah Sesi 2024/2025

Cuti raya 2024 2025

NOTA:

  • Kumpulan A : Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu
  • Kumpulan B : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan

Untuk paparan lebih jelas,anda boleh muat turun di laman sesawang KPM di pautan www.moe.gov.my/takwim.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via