Kalendar 2025:Senarai Cuti Umum dan Cuti Sekolah Malaysia KPM
Takwim Cuti 2024 / 2025 & Kalendar Akademik Sekolah KPM.
Kalendar 2025 mengandungi semua senarai cuti umum dan cuti sekolah malaysia/cuti penggal persekolahan sepanjang tahun 2025.Kalendar ini amat penting bagi rakyat Malaysia untuk merancang aktiviti harian, percutian, serta urusan perniagaan dan pendidikan. Cuti umum di Malaysia termasuk cuti kebangsaan dan cuti negeri yang disambut oleh pelbagai kaum dan agama.
Antara cuti umum yang utama adalah Hari Kebangsaan, Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, dan Krismas. Selain itu, setiap negeri juga mempunyai cuti khas yang berbeza-beza mengikut perayaan dan adat setempat.
Bagi sistem pendidikan, cuti sekolah yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sangat penting bagi para pelajar, guru, dan ibu bapa. Cuti sekolah di Malaysia biasanya dibahagikan kepada empat penggal dengan cuti pertengahan penggal dan cuti akhir tahun yang lebih panjang. Penetapan cuti sekolah ini membantu dalam merancang aktiviti kokurikulum, kelas tambahan, dan juga percutian keluarga.
Senarai ini adalah rujukan dari pelbagai sumber melalui kalendar 2025 dan takwin persekolahan KPM untuk tarikh cuti sekolah (school holidays),Hari Raya 2025. Kalendar ini tertakluk kepada sebarang perubahan dan akan dimaklumkan dari masa ke semasa tertakluk kepada sebarang perubahan rasmi dari kerajaan atau pihak yang berkaitan.
Senarai Tarikh Cuti Umum/ Hari Kelepasan Am 2025 seluruh negeri Malaysia
Senarai cuti umum/Hari kelepasan Am ini termasuk semua negeri di Malaysia iaitu
- Johor
- Kedah
- Kelantan
- Kuala Lumpur
- Labuan
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Pahang
- Pulau Pinang
- Perak
- Perlis
- Putrajaya
- Sabah
- Sarawak
- Selangor
- Terengganu
Senarai Cuti Umum dan Perayaan Kalendar 2025
Berikut adalah kalendar 2025 setiap Bulan:
Januari 2025
Senarai semua tarikh cuti umum dan pelepasan am bagi bulan Januari 2025:
- 1 Januari – Tahun Baru (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu)
- 14 Januari – Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (Negeri Sembilan sahaja)
- 27 Januari – Israk dan Mikraj (Kedah, N. Sembilan, Perlis & Terengganu)
- 29 Januari – Tahun Baru Cina (Semua Negeri)
- 30 Januari – Tahun Baru Cina Hari Kedua (Semua Negeri)
* 17 Januari – 16 Februari – Cuti Sekolah
Boleh juga baca: Senarai Taska Berdaftar Dan Kadar Yuran Terkini
Februari 2025
Senarai semua tarikh cuti umum dan pelepasan am bagi bulan Februari 2025:
- 1 Februari – Hari Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya)
- 11 Februari – Hari Thaipusam (Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya & Selangor)
Mac 2025
Senarai semua tarikh cuti umum dan pelepasan am bagi bulan Mac 2025:
- 2 Mac – Awal Ramadan (Johor, Kedah & Melaka)
- 4 Mac – Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu (Terengganu sahaja)
- 18 Mac – Hari Nuzul Al-Quran (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah & Sarawak)
- Bila Tarikh Raya 2025?
31 Mac – Hari Raya Aidilfitri (Semua Negeri)
April 2025
Senarai semua tarikh cuti umum dan pelepasan am bagi bulan April 2025:
- 1 April – Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua (Semua Negeri)
- 18 April – Good Friday (Sabah & Sarawak sahaja)
- 26 April – Hari Keputeraan Sultan Terengganu (Terengganu sahaja)
Mei 2025
Senarai semua tarikh cuti umum dan pelepasan am bagi bulan Mei 2025:
- 1 Mei – Hari Pekerja (Semua Negeri)
- 12 Mei – Hari Wesak (Semua Negeri)
- 17 Mei – Hari Keputeraan Raja Perlis (Perlis sahaja)
- 22 Mei – Hari Hol Pahang (Pahang sahaja)
- 30 Mei – Pesta Kaamatan (Labuan & Sabah sahaja)
- 31 Mei – Pesta Kaamatan Hari Kedua (Labuan & Sabah sahaja)
Jun 2025
Senarai semua tarikh cuti umum dan pelepasan am bagi bulan Jun 2025:
- 1 Jun – Hari Gawai (Sarawak)
- 2 Jun – Hari Gawai Hari Kedua (Sarawak)
- 2 Jun – Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong (Semua Negeri)
- 6 Jun – Hari Arafah (Terengganu)
- 7 Jun – Hari Raya Haji (Semua Negeri)
- 15 Jun – Hari Keputeraan Sultan Kedah (Kedah sahaja)
- 27 Jun – Awal Muharram (Semua Negeri)
Julai 2025
Senarai semua tarikh cuti umum dan pelepasan am bagi bulan Julai 2025:
- 7 Julai – Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown (Pulau Pinang)
- 12 Julai – Harijadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (Pulau Pinang)
- 22 Julai – Hari Sarawak (Sarawak sahaja)
- 30 Julai – Hari Keputeraan Sultan Pahang (Pahang sahaja)
- 31 Julai – Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar
Ogos 2025
Senarai cuti tarikh cuti umum dan pelepasan am bagi bulan Ogos 2025:
- 24 Ogos – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka (Melaka sahaja)
- 31 Ogos – Hari Kebangsaan (Semua Negeri)
September 2025
Senarai semua tarikh cuti umum dan pelepasan am bagi bulan September 2025:
- 16 September – Hari Malaysia (Semua Negeri)
- 29 September – Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Kelantan sahaja)
- 30 September – Hari Keputeraan Sultan Kelantan Hari Kedua (Kelantan sahaja)
Oktober 2025
Senarai semua tarikh cuti umum dan pelepasan am bagi bulan Oktober 2025:
- 4 Oktober – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah (Sabah sahaja)
- 11 Oktober – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak (Sarawak sahaja)
- 20 Oktober – Hari Deepavali Semua Negeri kecuali (Sarawak sahaja)
November 2025
Senarai semua tarikh cuti umum dan pelepasan am bagi bulan November 2025:
7 November – Hari Keputeraan Sultan Perak (Perak sahaja)
Disember 2025
Senarai semua tarikh cuti umum dan pelepasan am bagi bulan Disember 2025:
- 11 Disember – Hari Keputeraan Sultan Selangor (Selangor sahaja)
- 24 Disember – Cuti Hari Krismas (Sabah sahaja)
- 25 Disember – Hari Krismas (Semua Negeri)
Sumber gambar dan kelendar kuda di ambil APPS Malaysia Calendar
Takwim Persekolahan 2024/2025 KPM
Berikut dilampirkan Kalendar Akademik KPM bagi sesi 2024 / 2025 sekolah-sekolah Kumpulan A dan Kumpulan B:
Kalendar Akdemik Sesi 2024/2025 versi PDF boleh dimuat turun melalui pautan berikut: Kalendar versi PDF
Cuti Perayaan Sekolah Sesi 2024/2025
Berikut di lampirkan jadual cuti perayaan oleh KPM:
NOTA:
- Kumpulan A : Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu
- Kumpulan B : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan
Untuk paparan lebih jelas,anda boleh muat turun di laman sesawang KPM di pautan www.moe.gov.my/takwim.
Kesimpulan
Kalendar 2025 yang menyenaraikan cuti umum dan cuti sekolah Malaysia adalah alat penting untuk perancangan dan pengurusan masa bagi semua lapisan masyarakat. Dengan mengetahui tarikh-tarikh cuti ini, individu dan organisasi dapat merancang aktiviti peribadi, percutian, serta operasi perniagaan dan pendidikan dengan lebih efisien.
Cuti umum yang melibatkan pelbagai perayaan kebangsaan dan keagamaan mencerminkan kepelbagaian budaya di Malaysia, manakala cuti sekolah yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memastikan kelancaran perjalanan akademik dan kokurikulum pelajar. Oleh itu, pemahaman dan pengetahuan mengenai kalendar cuti ini adalah penting untuk memastikan kehidupan harian berjalan lancar dan produktif sepanjang tahun.