Kanak-Kanak Dilibas Rotan Dan Penyangkut Baju Maut

2

Kanak-Kanak Dilibas Rotan Dan Penyangkut Baju Maut

Kanak-Kanak Dilibas Rotan Dan Penyangkut Baju Maut:

KAJANG – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dipercayai menjadi mangsa dera anggota keluarganya dalam kejadian di rumah mereka di Semenyih, di sini, semalam.

Difahamkan, anak sulong daripada tiga adik-beradik itu sering dirotan ibunya berusia 25 tahun kerana sikapnya yang hiperaktif dan enggan berhenti menangis. Kanak-kanak itu ditemui tidak bernyawa oleh wanita terbabit ketika mahu mengejutkan anaknya yang tidur untuk mandi jam 11 pagi.

Menurut sumber, suri rumah terbabit yang panik menghubungi suaminya yang juga anggota tentera sebelum lelaki terbabit yang berada di pejabatnya bergegas pulang ke rumah.

“Selepas mendapati anaknya itu sudah meninggal dunia, lelaki terbabit melaporkan kejadian itu kepada polis,” katanya.

Sumber itu berkata, pemeriksaan awal polis mendapati terdapat kecederaan serius di kepala mangsa, selain kesan lebam dan luka baru di tubuh kanak-kanak terbabit.

“Kesan pendarahan di kepala belum diketahui sebabnya namun kesan luka dan lebam di badan kanak-kanak itu positif dengan kesan libasan rotan ataupun penyangkut baju,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan kematian kanak-kanak malang itu dan berakta permeriksaan awal mendapati selain kecederaan serius di kepala, terdapat kesan kecederaan baru dan lama di seluruh badan kanak-kanak itu dipercayai berkemungkinan akibat didera.

“Ada kesan lebam dan luka baru serta lama di badan kanak-kanak itu,” katanya.

Diminta mengulas lanjut, Ab Rashid berkata, siasatan dan rakaman percakapan pihak berkuasa dengan jiran juga mendapati, wanita terbabit dilaporkkan sering memukul kanak-kanak berkenaan kerana sering menangis.

“Oleh itu, mayatnya dibawa ke Hospital Serdang (HS) untuk bedah siasat,” katanya.

Ditanya wartawan mengenai kecederaan di kepala mangsa, Ab Rashid berkata, anak pertama daripda tiga beradik itu didakwa ibunya terhantuk di dinding rumah pada malam kejadian namun tidak dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, pihaknya kini menunggu laporan bedah siasat di HS sejak jam 5 petang semalam, sebelum meneruskan siasatan.

Difahamkan, pasukan forensik sudah melakukan pemeriksaan di rumah mangsa bagi membantu siasatan. Manakala, tinjauan wartawan Harian Metro di HS jam 5 petang mendapati, ibu mangsa yang juga suspek utama kes berkenaan berada di bilik mayat HS bagi menunggu laporan bedah siasat berkenaan.

Sementara itu, ibu dan bapa mangsa yang ditemui wartawan bagaimanapun enggan mengulas lanjut sebaliknya mendakwa menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut.

– Harian Metro

Kanak-Kanak Dilibas Rotan Dan Penyangkut Baju Maut

Komen anda?

Komen

2 Comments
  1. Aya says

    bila dapat anak yang hyperaktif, memang kita kena banyak bersabar.. kalo tidak, jadi macam nilah.

    1. emrys says

      kesian anak yang tak berdosa yg kena.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More