“kehilangan wang di zaman Tun Dr Mahathir lebih banyak berbanding zaman sekarang”

0

 

 

kehilangan wang di zaman Tun Dr Mahathir lebih banyak berbanding zaman sekarang”

Ketua Penerangan Umno Terengganu, Wan Hakim Mokhtar menempelak keceluparan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengkritik pentadbiran Najib Razak.   Beliau mendakwa era Tun Dr Mahathir lebih banyak kehilangan wang berbanding sekarang, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan laman we proUmno, mykmu.
“Tun M becakap pasal hilang wang berbilion, Tun M dah lupa agaknya tentang kehilangan RM30 billion wang negara pada akhir 90an yang disebabkan kegagalan Bank Negara bermain ‘forex’ di pasaran mata wang?

“Nilai sekarang 30 billion itu ialah ratusan billion, jauh lebih besar dari nilai liabiliti 1MDB (perlu diingat, 42 billion liabiliti itu diimbang oleh 51 billion aset; tapi Dr M hilangkan 30 billion wang rezab negara).   “Dr M lupa agaknya skandal MAS di mana Tajudin Ramli (anak suruhan Tun Daim) di arah beli MAS dengan harga RM 8 sesaham (waktu tu MAS ada tunai 600 juta lebih) kemudian beberapa tahun lepas itu tatkala MAS sudah hampir muflis, menjual kembali MAS pada kerajaan pada harga RM 8 sesaham (nilai pasaran hanya RM 3).   “Bukankah itu sekandal berbilion yg mengorbankan duit kerajaan dan rakyat? Sebab Tun M dan Daim yang buat, ianya ok? Atau mungkin masa tu tiada media sosial rakyat tidak tau,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Wan Hakim menambah, adakah Tun M maklum pada kabinet tentang skandal forex bank negara dan skandal MAS?  Juga kenapa Tun M tak maklum yang beliau minta Najib bagi dana hampir 2 billion untuk penambahan dana Proton yang kini di tangan ‘budak’ beliau Syed Mokhtar?  Kenapa ok guna berbillion dana rakyat untk kawan2 beliau?, kata beliau lagi.  Beliau menambah, menggadai telaga minyak Terengganu adalah satu lagi cerita sensasi yang dimulakan oleh mantan MB Terengganu yng juga ketua bahagian Kemaman.

Katanya, telaga minyak bukan milik Terengganu tetapi milik kerajaan pusat yang diurus oleh Petronas. Terengganu hanya dapat 5% hasil wang ehsan minyak tersebut.  “Bon (pinjaman) sebanyak RM5 bilion perlu dibayar balik menggunakan sebahagian dari duit 5% ini setiap tahun.  “Maksudnya kalau duit itu 2 billion setahun, sebahagian darinya, mgkin 100-300 juta setahun digunakan untk membayar hutang tersebut setiap tahun. Dana dari hutang tersebut iaitu sebanyak RM 5 bilion digunakan untk pelaburan.   “Oleh itu tidak tepat dikatakan ‘telaga minyak’ Terengganu ‘dicagar’,” kata Wan Hakim, lapor Berita Daily.

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More