Kemaskini Maklumat Akaun BKC anda jika anda adalah penerima yang berstatus GAGAL KREDIT atau tiada maklumat akaun bank, anda diminta untuk kemaskini maklumat akaun bank anda dalam tempoh yang ditetapkan bagi bayaran fasa seterusnya dapat dibuat terus ke akaun bank yang aktif.Hal ini dimaklumkan oleh LHDN melalui Facebook mereka pada 7 Oktober 2021.
Seperti yang kita sedia maklum,pada 6 September lepas ramai penerima yang layak telah menerima bayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) bagi fasa pertama masing-masing. Pembayaran telah pun dibuat dengan pengkreditan terus ke akaun bank masing-masing.Bagi memudahkan anda menerima pembayaran seterusnya,anda hendak mengemaskini maklumat akaun anda melalui tempoh masa yang di nyatakan
Siapa yang perlu kemaskini?
Individu yang perlu kemaskini ialah mereka yang :
- Status Gagal Kredit
- Tiada maklumat akaun bank
Anda mestilah gunakan maklumat akaun bank terkini yang masih aktif bagi memudahkan urusan bayaran fasa seterusnya.
Boleh juga baca: Bantuan Khas Covid-19 (BKC): Cara Semak Kelayakan,Jumlah Bantuan Dan Jadual Bayaran
Tarikh kemaskini
Kemaskini boleh di lakukan pada tempoh yang diberikan seperti berikut:
- 7 Oktober sehingga 21 Oktober 2021
Sebelum anda membuat kemaskini,anda hendaklah memastikan status anda sama ada maklumat akaun anda telah lengkap atau perlu dikemaskini kerana Gagal Kredit / Tiada Maklumat Akaun.
Semakan boleh dilakukan di web rasmi BKC di pautan berikut
- Klik Log Masuk atau Semakan Status
- Masukkan Nombor MyKad
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Maklumat yang akan dipaparkan
- Status Permohonan
- Amaun Keseluruhan Diterima
- Maklumat Pembayaran
- Paparan Borang
Cara Kemaskini Maklumat Akaun BKC
Berikut adalah cara-cara untuk membuat kemaskini:
- Buka laman web https://bkc.hasil.gov.my/
- Tekan butang Log Masuk
- Isikan nombor IC dan kata laluan yang telah didaftarkan
- Tekan butang Kemaskini Maklumat Akaun Bank untuk membuat kemaskini maklumat akaun bank anda
manakala untuk kemaskini Maklumat Wakil BKC anda boleh buat di Cawangan LHDNM secara janji temu atau pun secara atas talian.
Berikut adalah cara-cara untuk kemaskini Maklumat Wakil BKC :
- Buka laman web https://bkc.hasil.gov.my/
- Tekan butang Log Masuk
- Isikan nombor IC dan kata laluan yang telah didaftarkan
- Tekan butang Kemaskini Maklumat Wakil untuk membuat kemaskini maklumat akaun bank anda
Sila Join Channel Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN. Segala hebahan Bantuan kerajaan sepanjang 2021 akan dibuat melalui chanel terbabit
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
Rujuk FAQ di Portal Rasmi BKC atau hubungi talian 1 800 882747 untuk sebarang pertanyaan.