Cara Kemaskini maklumat akaun GKP 4.0 untuk menerima pembayaran kemudian

0 403

Kemaskini Maklumat Akaun GKP 4.0 anda jika anda adalah berstatus Gagal Kredit anda diminta untuk kemaskini maklumat akaun bank anda dalam tempoh yang ditetapkan bagi bayaran fasa seterusnya dapat dibuat terus ke akaun bank yang aktif.Hal ini dimaklumkan oleh LHDN melalui Facebook mereka pada 7 Oktober 2021.

Bagi penerima GKP PERMAI, GKP PEMERKASA+, GKP 3.0 dan GKP 4.0 yang gagal kredit, anda boleh membuat kemaskini maklumat akaun bank melalui laman web https://gkp.hasil.gov.my/ mulai 7 Oktober hingga 21 Oktober 2021 ini.

Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada PKS mikro yang Lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini termasuk rayuan. Melalui pengumuman PEMERKASA, kerajaan telah maklumkan akan memberi bantuan GKP 3.0 PEMERKASA dan GKP 4.0 kepada pemohon yang layak.

Tarikh kemaskini maklumat akaun bank

Berikut adalah tempoh tarikh kemaskini :

  • 7 hingga 21 Oktober 2021

Siapa yang harus kemaskini?

Individu yang perlu kemaskini maklumat akaun bank adalah penerima GKP yang berstatus gagal kredit sahaja. Golongan penerima GKP ini termasuk:

  • GKP PERMAI
  • GKP PEMERKASA+
  • GKP 3.0
  • GKP 4.0

Sila pastikan maklumat akaun bank yang dikemas kini itu adalah aktif dan menggunakan nombor akaun simpanan peribadi pemohon ATAU nombor akaun semasa peribadi pemohon dan bukan akaun bank semasa syarikat.

Anda juga boleh baca: Cara Kemaskini Maklumat Akaun BKC Untuk Menerima Pembayaran Seterusnya

Cara untuk Kemaskini Maklumat Akaun GKP 4.0 secara online

Berikut adalah cara-cara untuk membuat kemaskini:

1.Layari portal rasmi GKP: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login

Kemaskini akaun gkp

2.Sila Log Masuk seperti biasa.Masukkan ID Pengguna.Tekan kotak Semak

emohon akaun gkp 4.0 gagal kredit

Selepas berjaya login, maklumat berikut akan dipaparkan:

  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Status Permohonan

Klik butang Kemaskini dan masukkan maklumat akaun bank yang aktif.

Tekan butang Simpan untuk menghantar maklumat tersebut.

Makluman: Sila masukkan nombor akaun simpanan peribadi pemohon ATAU nombor akaun semasa peribadi pemohon dan bukan akaun bank semasa syarikat

Sila Join Channel Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi LHDN:

Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara) atau melalui saluran-saluran sosial media:

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More