Kerang Pantai Barat Sabah Beracun

0

Kerang Pantai Barat Sabah Beracun

Kerang Pantai Barat Sabah Beracun:

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan hari ini mengeluarkan peringatan dan nasihat kepada orang ramai supaya tidak makan kerang yang diperolehi dari pantai barat Sabah.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin berkata, nasihat itu dikeluarkan berikutan fenomena laut merah yang masih melanda negeri itu.

“Orang ramai dinasihati tidak makan kerang dan tidak mengumpul kerang di perairan pantai barat Sabah. Sekiranya ingin memakan kerang, sila pastikan ia tidak diperolehi dari pantai barat Sabah.

“Orang ramai juga diminta tidak makan makanan seperti siput dan ikan pesisir pantai terutamanya yang diperolehi dari pantai barat Sabah,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Kerang Pantai Barat Sabah Beracun

Rosnah berkata, orang yang termakan makanan terbabit dan mengalami simptom kebas, pening, muntah dan sesak nafas diminta mendapatkan rawatan segera di hospital atau klinik kesihatan berdekatan.

Menurutnya, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Perikanan Sabah akan memaklumkan kepada orang awam mengenai perkembangan kejadian air laut merah dari semasa ke semasa.

Media semalam melaporkan fenomena laut merah mengorbankan dua mangsa berumur 14 dan sembilan tahun di Sabah selepas kedua-dua mereka dipercayai memakan kerang yang diperoleh dari kawasan perairan Sepanggar.

Fenomena laut merah atau dikenali sebagai ‘red tide’ yang berlaku di pantai barat Sabah berpunca daripada kehadiran sejenis organisma satu sel yang dinamakan ‘phytoplankton dinoflagellate’ dalam air laut.

Kerang Pantai Barat Sabah Beracun

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More