Permohonan Bantuan Khairat Kematian Covid RM1,000

0 864

Pakej kita Selangor 2.0 yang telah diumumkan baru-baru ini memperuntukkan RM551.56 juta dan bakal memanfaatkan lebih kurang1.6 juta rakyat negeri itu.Sejajar dengan pengumuman tersebut,kerajaan Selangar bersetuju untuk memberi Bantuan Khairat Kematian Covid RM1,000 kepada ahli keluarga  rakyat Selangor yang meninggal dunia disebabkan covid.Bantuan ini bakal memanfaatkan 1,500 keluarga dengan peruntukan RM1.5 juta

Waris keluarga yang terlibat boleh memohon bantuan tersebut bermula bermula 12 Julai hingga 12 Ogos 2021 melalui pautan yang akan diberikan di bawah.

Kadar pembayaran yang akan di terima

Pembayaran kepada pemohon layak akan di berikan sebanyak Rm1,000.

Pembayaran akan dilakukan terus ke akaun bank waris dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan sekiranya maklumat permohonan yang diterima adalah lengkap.

Boleh juga baca: Bantuan Khas Covid-19 (BKC): Jumlah Bantuan Dan Jadual Bayaran

Tempoh masa permohonan

Tempoh permohonan bermula dari:

  • 12 Julai 2021 sehingga 12 Ogos 2021; ATAU
  • Tertakluk sehingga jumlah peruntukan habis

Syarat-syarat untuk memohon

Antara syarat-syarat Permohonan Bantuan Khairat Kematian Covid RM1,000 ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon (waris terdekat) dan yang meninggal dunia merupakan anak kelahiran Negeri Selangor dan menetap di Negeri Selangor ATAU bermastautin di Negeri Selangor melebihi 10 tahun
  • Disahkan meninggal dunia berpunca daripada Covid-19 oleh hospital/ klinik kesihatan kerajaan atau pusat perubatan berdaftar dan dinyatakan secara jelas dalam surat kematian
  • Meninggal dunia di Negeri Selangor
  • Meninggal dunia pada tahun 2021 dan ke atas sahaja
  • Terhad hanya kepada satu permohonan bagi satu keluarga

Cara membuat permohonan

Pemohon atau waris yang berkelayakan memohon bantuan ini boleh membuat permohonan dengan mengisi permohonan melalui pautan berikut:

BORANG PERMOHONAN

Waris keluarga hendaklah memastikan dokumen yang diberikan adalah tepat,betul dan sahih.Kerajaan Selangor boleh membatalkan permohonan anda jika didapati dokumen dan maklumat yang diberikan tidak betul dan melanggar syarat-syarat yang diberikan

Maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,anda boleh hubungi talian hotline 24 jam berikut:

  • 1-800-22-6600.
Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More