Kontroversi dakwaan berkahwin dengan Ummi Nazeera adalah serangan fitnah peribadi-Aeril Zafrel

0

kontroversi

Terbaru, Aeril Zafrel terus dihimpit kontroversi demi kontroversi selepas mengumumkan pernikahan sulitnya dengan aktres Wawa Zainal, Oktober lalu.Minggu lepas pelakon . Aeril Zafrel di dakwa telah berkahwin dengan Ummi nazeera sebelum timbul isu perkahwinan dengan wawa zainal terjadi.

Menerusi laporan zonartis.com hari ini, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, turut menjelaskan yang dia dengan pelakon wanita tersebut tidak pernah berjumpa sekaligus menganggap fitnah kahwini Ummi Nazeera itu sebagai serangan peribadi terhadapnya.

Dalam kenyataannya juga melalui Mstar Online , jelasnya:

Saya sedar diri saya bukanlah popular pun, namun fitnah seperti ini seperti cubaan mahu mencemarkan dan menjatuhkan peribadi agar orang lain turut bertanggapan buruk pada saya.

“Secara jujurnya saya dengan Ummi hanya bertegur sapa di laman sosial sahaja dan kami tidak pernah berjumpa secara peribadi,” katanya kepada mStar Online, di sini, Selasa.

Sementara itu, Aeril mengakui kehidupannya kini lebih tenang dan bahagia disamping isteri dan anaknya Ahmad Fakharuddin Attar yang kini berusia hampir tiga bulan:

“Alhamdulillah kehidupan kami kini bahagia dan tenang, Wawa tinggal dengan saya di sini dan anak kami semakin membesar dan sihat.

“Kalau boleh biarlah masyarakat mengenali kami sahaja dan saya mahu dia membesar dalam dunia dia sendiri tanpa melibatkan sebarang publisiti,” katanya.

Pihak hiburan.my berharap dakwaan tersebut adalah tidak benar kerana banyak kontrovesri demi kontroversi telah melanda pasangan tersebut.Dari penjelasan Ummi Nazeera juga menunjukkan bahawa dakwaan ini tidak benar dan hanya fitnah semata-semata.Semoga smua pihak dapt berpuas hati dengan penjelasan dari kedua-dua pihak tentang isu ini

 

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More