Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Kredit eBelia:Cara tuntut Rm150 dari BigPay,Boost,ShopeePay dan TnG

0 3,059

Kredit eBelia.Program eBelia merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2021 dan bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar

Ini dapat memanfaatkan sekitar dua (2) juta rakyat Malaysia, dengan jumlah peruntukan RM300 juta.Setiap Pemohon boleh membuat tuntutan sebanyak Rm150 alam bentuk kredit e-tunai.

Tarikh Tuntutan Kredit e-tunai

Tuntutan boleh di buat  dari 1 Jun 2021 hingga 22 Julai 2021 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai 2021.

Maklumat lanjut mengenai bantuan kredit ini,boleh baca artikel ini:

Bantuan Kredit EWallet Belia Rm150 PEMERKASA

Cara membuat tebusan Kredit eBelia

Berikut kami kongsikan cara membuat Tebusan dari aplikasi yang terlibat:

1.BigPay

tuntut dari bigpay
  • Layari ke pautan https://www.bigpayme.com/ebelia
  • Log In menggunakan ID dan kata laluan yang anda daftar
  • Pergi ke menu Payment dan tekan ikon eBelia
  • Klik APPLY NOW dan anda akan diarahkan ke laman web eBelia
  • Masukkan semua maklumat lengkap untuk proses verifikasi
  • Sebaik sahaja akaun anda disahkan, BigPay eWallet akan menghantar notifikasi dan kreditkan e-tunai RM150

2.Boost

  • Boleh download aplikasi Boost di telefon pintar anda
  • Bagi yang sudah ada, updgrade kepada Boost Premium sebelum 1 Jun
  • Sahkan atau verify akaun Boost anda. Pastikan nombor kad pengenalan yang digunakan adalah kad pengenalan anda
  • Klik “Get ready to claim eBelia” dan ikut arahan yang diberikan
  • Tuntut ekredit RM150 dan lain-lain ganjaran eksklusif bermula 1 Jun 2021

3.ShopeePay

tuntutan dari shopeepay
  • Download aplikasi Shopee di telefon bimbit anda
  • Bagi yang sudah ada akaun Shopee, anda perlu aktifkan ShopeePay anda
  • Buka aplikasi Shopee dan pergi ke ikon ShopeePay di homepage Shopee
  • Masukkan maklumat lengkap seperti nama dan nombor kad pengenalan
  • Masukkan nombor PIN (KENA INGAT) untuk pengesahan
  • Anda boleh membuat pembayaran menggunakan ShopeePay sebaik sahaja ia diaktifkan dan ditambah nilai
  • Dah selesai aktifkan, anda boleh tuntut RM150 mulai 1 Jun 2021 dan wang tersebut akan dikreditkan terus ke ShopeePay anda.

4.Touch n Go e-Wallet

tuntut dari TnG
  • Download aplikasi TnG eWallet di telefon pintar anda
  • Hanya satu ID sah (MyKad/tentera/passport) untuk satu akaun TnG eWallet dan setiap akaun hanya dibenarkan didaftarkan kepada satu nombor mudah alih yang unik
  • Isikan maklumat pendaftaran anda sehingga selesai
  • Sudah daftar, anda boleh buka aplikasi tnG eWallet dan klik eBelia Credit
  • Lepas tu klik butang Let’s Go
  • Macam biasa untuk verifikasi,ambil gambar kad pengenalan depan dan belakang serta selfie atau swafoto yang jelas mengikut arahan
  • Akaun anda akan disahkan dalam masa 48 jam

Makluman:Kepada yang sudah mempunyai akaun,anda hendaklah mengemaskini maklumat diri anda di profil tersebut untuk memudahkan urusan penebusan nanti.

Maklumat lanjut boleh rujuk SINI

Maklumat Lanjut

Sebarang makluman terkini anda boleh layari laman web https://www.mof.gov.my/ .

Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via