Bantuan Kredit eWallet Belia Rm150 PEMERKASA
Kredit eWallet Belia.Dalam pengumuman Perdana Menteri di bawah pakej PEMERKASA, Kerajaan bersetuju untuk menambah baik program eBelia.Menerusi Pemerkasa, kerajaan telah membuat keputusan untuk menaikkan jumlah kredit eWallet daripada RM100 kepada RM150 menerusi Program eBelia.
Setiap yang layak akan menerima bantuan kredit e-wallet belia sebanyak RM 150 setiap seorang secara one-off dengan jumlah keseluruhan membabitkan sehingga RM300 juta.Penambahbaikan melibatkan:
- Pengkreditan e-wallet RM50 kepada belia yang layak dinaikkan kepada RM150 setiap orang
- Semua belia berumur 18 tahun hingga 20 tahun akan terima manfaat ini
- SEMUA pelajar IPTA dan IPTS akan menerima manfaat ini walaupun berumur 20 tahun ke atas
Kategori yang layak
Bantuan eWallet ini hanya layak untuk:
- Belia yang berumur 18 hingga 20 tahun
- Belia yang sedang belajar di peringkat diploma atau SKM 4 di Institut Pengajian Tinggi berdaftar
Data mereka akan di semak dengan IPT tempatan yang berdaftar untuk pengkalan data kerajaan untuk mereka yang betul-betul layak
Cara membuat Penebusan Kredit e-wallet
Penebusan eWallet dibuat menggunakan aplikasi seperti
- BigPay
- Boost
- ShopeePay
- Touch n Go e-Wallet
- Permohonan boleh dibuat dengan langkah-langkah berikut:
- Muat turun aplikasi e-tunai terlibat dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery. Penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat adalah BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet
- Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-tunai tersebut. Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi identiti pengguna secara elektronik
- Di aplikasi e-tunai pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada paparan tuntutan eBelia dan tekan “Hantar”
- Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya
- Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eBelia daripada satu (1) penyedia perkhidmatan e-tunai. Sila rujuk aplikasi e-tunai masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eBelia
Tarikh tuntutan kredit eWallet Belia
Belia dan pelajar IPT akan mendapat faedah ini bermula 1 Jun hingga 22 Julai 2021.Manakala tarikh menggunakan kredit tersebut adalah sehingga 31 Julai 2021
Pemohon hendaklah mengemas kini akaun di aplikasi e-tunai masing-masing atau boleh download aplikasi di atas sebelum 1 Jun 2021.
Anda juga boleh baca: Pengeluaran I-Sinar KWSP Simpanan Akaun 1 Sehingga RM10,000
Maklumat Lanjut
Sebarang makluman terkini anda boleh layari laman web https://www.mof.gov.my/ .
Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.