Lagi Polis Mati Ditembak | Semporna , Sabah

0

dn_06.1

Lagi Polis Mati Ditembak | Semporna , Sabah

Pasukan Tentera Darat Malaysia dikerahkan ke Kampung Simunul Semporna, Sabah yang diserang oleh penceroboh malam tadi.

SEMPORNA 2 Mac – Ancaman tentera Kesultanan Sulu ke atas keselamatan negara semakin memuncak apabila kumpulan bersenjata tersebut melancarkan dua serangan terancang di Kampung Simunul, kira-kira tiga kilometer dari bandar Semporna.

Keadaan terkini pada malam ini tegang apabila pertempuran tercetus mengakibatkan dua anggota polis terbunuh dan dua cedera parah.

Sekumpulan lagi anggota dari Unit Cawangan Khas yang sedang melakukan intipan di kampung itu dikepung kumpulan bersenjata tersebut selepas berlaku pertempuran.

Dalam serangan pertama pada pukul 7.30 malam dua anggota polis yang sedang meronda di kawasan berdekatan Balai Polis Kampung Simunul diserang secara hendap menyebabkan seorang maut dan seorang lagi cedera.

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More