Lupa kata laluan BPR 2021:Ini cara tukar secara online

0 2,503

Anda lupa kata laluan BPR?Jangn panik dan susah hati kerana sekarang anda tidak perlu lagi hadir ke pejabat LHDN untuk pertukaran kata laluan.Menurut pihak LHDN ,pemohon kini boleh menukarkan kata laluan secara online.

Sebelum ini,pemohon boleh membuat semula tetapan kata laluan dan ID BPR dengan menjawab 3 soalan keselamatan yang di tanya ketika hendak membuat tetapan semula atau boleh terus ke LHDN untuk tukar kata laluan,Namun sebenarnya ramai orang yang terlupa jawapan bagi soalan keselamatan yang telah ditetapkan oleh pemohon.

Terkini,anda tidak perlu hadir ke LHDN kerana tetapan kata laluan boleh ditukar secara online di rumah bergantung kepada keadaan internet anda.Boleh ikuti langkah-langkah yang ditunjukkan oleh  pihak LHDN di bawah

Cara tukar kata laluan BPR secara online

Cara tukar kata laluan boleh di rujuk dengan panduan bergambar di bawah:

  1. Layari laman https://bpr.hasil.gov.my
  2. Klik LOG MASUK

3.Klik TERLUPA KATA LALUAN

4.Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik SEMAK

5.Masukkan alamat email yang telah didaftarkan dan klik SETERUSNYA

6.Kata laluan sementara akan dihantar kepada alamat emel yang didaftarkan

7.Tahniah anda berjaya tukar kata laluan sementara anda setelah mendapat emel.

Untuk makluman,anda hendaklah log in balik ke portal BPR dan cipta kata laluan baru anda.Jangan lupa simpan kata laluan yang anda telah buat supaya di masa hadapan anda tidak lagi terlupa.

Walau bagaimanapun,jika anda masih juga mempunyai masalah dalam melakukan proses ini anda hendaklah hadir ke LHDN terdekat.

Anda boleh juga baca:
Permohonan BPR 2021:Cara Semak Secara Online
Permohonan Bantuan Bujang BPR 2021 RM350
Permohonan Bantuan Isi Rumah BPR 2021 Sehingga RM1800

Sebarang persoalan dan pertanyaan

Sebarang kemusykilan dan pertanyaan berkenaan BPR 2021,anda boleh rujuk soalan lazim di Portal BPR atau

  • Hotline BPR LHDNM: 1 800 88 2747
  • Hotline BPR MoF: 03 8882 4565 / 03 8882 4566
Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More