Maaf Negeri Kami Tidak Kaya Kelantan

0

Maaf Negeri Kami Tidak Kaya Kelantan

 

Maaf Negeri Kami Tidak Kaya Kelantan

| 1) Meski pun Kelantan sering dinobatkan sebagai negeri miskin, InsyaAllah adik-adik takkan mati kebuluran. Makanan di negeri kami masih lagi cukup 🙂

2) Meski pun Kelantan sering dimomokkan dengan air ‘kotor’, masalah air..InsyaAllah kesihatan adik-adik akan baik-baik saja, buktinya saya dah 23 tahun tinggal di Kelantan, minum air yang dikatakan ‘kotor’ tu jugak, tapi tahap kesihatan Alhamdulillah baik-baik saja.

3) Meski pun Kelantan dikatakan mundur 40 tahun ke belakang..InsyaAllah sesampai saja adik-adik ke bumi Kelantan, dengan mata hati yang celik..adik-adik akan tahu sejauh mana erti “kemunduran” itu, dengan pembangunan yang makin pesat, dengan lalu lintas yang makin hari makin sesak – eh, yeke? datang la dulu 🙂

4) Negeri kami tiada pawagam, tiada kelab malam..maaf lah kami tidak menyediakan hiburan yang melampau pada anak-anak muda. Kerana itu bukan ajaran Islam! Tapi apa yang pasti..InsyaAllah suasana ‘lain’ dari yang lain akan anda rasai bila mana berkunjung ke Kelantan. Rasa tenang, InsyaAllah!

Akhir kata, selamat datang ke Kelantan ^^

Datang bukan dengan hati yang prejudis,
Datang dengan hati yang ikhlas.

Buanglah segala diskriminasi,
Kerana kami tidak pernah mengajak berkonfrontasi!

Maaf Negeri Kami Tidak Kaya Kelantan

Komen anda?

Komen

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More