Berminat untuk mohon Kolej Vokasional untuk anak anda?Perhatian buat pelajar PT3 tahun 2020 tetapi dibatalkan yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam Bidang Vokasional, Aliran Teknikal dan Program Kemahiran. Menerusi makluman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), permohonan online kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) Ambilan Januari 2021 untuk pelajar Tingkatan 3 tahun 2020 akan di buka mulai 7 September 2020.

Tarikh tutup permohonan pula adalah pada 2 Oktober 2020. Maklumat lanjut rujuk kenyataan media KPM berkaitan Pentaksiran Baharu Kemasukan Sekolah Khusus Tahun 2021.
- Calon yang tidak dapat mengakses sistem, anda dikehendaki memohon kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) melalui Guru Kelas di SMK
Permohonan kemasukan Kolej Vokasional (KV) Dan Sekolah Teknik (SMT) Januari 2021 Online
Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2020 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dipelawa untuk memohon mana-mana program yang ditawarkan bagi Ambilan Januari 2021 seperti berikut
- Program Kolej Vokasional : KV
- Aliran Teknikal : SMT
- Program Kemahiran di KV / GIATMARA / Wood Industry Skill Development Center (WISDEC)
Tarikh Penting Mohon Kolej Vokasional Kolej VokasionalKV Ambilan Januari 2021
- Buka Permohonan :7 September 2020
- Tarikh Tutup : 2 Oktober 2020
TARIKH BUKA | TARIKH TUTUP | PERKARA |
7 September 2020 | 2 Oktober 2020 | Permohonan Kemasukan Online |
12 Oktober 2020 | 6 November 2020 | Semakan Pusat Pentaksiran |
26 Oktober 2020 | 6 November 2020 | Pelaksanaan Pentaksiran |
– | – | Pemilihan & Sesi Temubual (bergantung kepada KV/SMT) |
5 Februari 2021 | – | Check Tawaran Kemasukan |
23 Februari 2021 | – | Sesi Pendaftaran Aliran Perdana |
5 Februari 2021 | 19 Februari 2021 | Sesi Rayuan Aliran Perdana |
5 Februari 2021 | 19 Februari 2021 | Sesi Rayuan Aliran PAV |
A. Murid Lepasan Tingkatan 3 yang menduduki PBS / PAV
1. Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma)
- Di ILKA, ILKS dan Kolej Vokasional KPM
2. Aliran Teknikal di 9 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) seluruh Malaysia
3. Program Kemahiran di :
- Kolej Vokasional KPM
- Wood Industry Skill Development Center (WISDEC)
- GIATMARA
B. Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Tingkatan 1 – Murid Lepasan UPSR
- *bergantung kepada syarat permohonan, institusi & kursus yang ditetapkan – rujuk permohonan
Panduan dan cara membuat Permohonan KV dan SMT Online
- Pemohon perlu mengakses Applikasi Permohonan KV Dan SMT Online : di pautan berikut: https://sptv.moe.gov.my/ .
Permohonan hendaklah dibuat berdasarkan Aliran Murid Tingkatan 3 2020 seperti berikut:-
- A. Murid Lepasan PBS : Aliran Perdana/ Akademik/ Agama
Murid menduduki PBS yang merangkumi 4 komponen iaitu :
- Pentaksiran Pusat (PT3)
- Pentaksiran Sekolah (PS)
- Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
- Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
- Klik PBS untuk memohon
- Institusi dan kursus yang ditawarkan : Klik PBS
- B. Murid Lepasan PAV
Terbuka kepada murid yang telah mengikuti asas vokasional mulai Tingkatan Satu (1) di SMK yang menawarkan PAV.
- Klik PAV untuk memohon
C. Murid Yang Bersekolah Swasta/ Negeri Di Luar Kawalan KPM
Boleh rujuk di pautan ini: PANDUAN
Syarat Umum
- i. Warganegara
- ii. Tingkatan Tiga Tahun 2020
- iii. Sihat dan Sesuai Fizikal
- iv. Bebas daripada Penyakit Kronik
Maklumat lanjut untuk informasi di bawah ini boleh dirujuk di applikasi permohonan online :
- Institusi dan Kursus Yang Ditawarkan
- Syarat Permohonan
- Carta Alir Permohonan
- Info Kursus
- Panduan Permohonan
- FAQ
Sebarang pertanyaan dan info lanjut:
Aras 6, Blok E14, Parcel E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.
No. Telefon :0388845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094
u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid
