Cara mohon dan Semakan status Bantuan Prihatin Nasional 2020
Kemaskini: untuk BPN 2.0,anda boleh rujuk Pautan artikel DISINI.
Kerajaan akan menyediakan Bantuan PRIHATIN Nasional, pemberian tunai secara ‘one off’ dengan peruntukan hampir RM10 bilion bagi meringankan pendapatan rakyat yang terjejas. Dan buat kali pertamanya ia akan disalurkan kepada kumpulan M40 selain golongan B40
anya termasuk pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah.

Permohonan Bantuan Prihatin Nasional akan dilanjutkan
TERKINI:
Menurut Perkongsian ke-7 Pelaksanaan Pakej PRIHATIN oleh YB Menteri Kewangan, bagi bayaran kumpulan ketiga BPN iaitu Permohonan Rayuan, semakan akan dibuat secara manual |
Keputusan pula akan diumumkan pada pertengahan bulan Jun dan bayaran sekaligus akan dibuat bermula pada akhir bulan Jun |
Menurut Perutusan Khas Perdana Menteri pada 10 Mei 2020, Permohonan Bantuan Prihatin Nasional akan dilanjutkan sehingga 31 Mei 2020 |
Selain menghantar emel ke [email protected] , pemohon yang permohonannya tidak diluluskan boleh datang sendiri ke kaunter LHDN untuk membuat rayuan bermula pada Isnin, 11 Mei 2020 atau 12 Mei 2020 (bagi negeri yang bercuti ) |
Kaunter Rayuan BPN beroperasi Sabtu & Ahad ini :
Peluang akhir permohonan rayuan BPN:
- Semua Negeri kecuali Sabah & Sarawak : 30 & 31 Mei 2020 (8am – 4pm)
- Sabah & Sarawak : Dilanjutkan sehingga 2 Jun 2020

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank. pembayaran akan dibuat secara tunai selepas tamat Perintak Kawalan Pergerakan (PKP). Bagi penerima BPN kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank, BPN akan dibayar sekaligus dengan bayaran BSH 2020 fasa ketiga
Terkini bagi penerima yang berstatus lulus dan layak bayaran fasa pertama, semakan semula di Portal BPN mungkin mendapati status BPN telah bertukar kepada tidak layak. Berdasarkan Soalan Lazim LHDNM, semakan semula status BPN bertukar kepada Tidak Layak kerana alasan berikut:
Alasan Tidak Layak | Keterangan |
Duplikasi Permohonan | Permohonan suami dan isteri telah diluluskan secara berasingan |
Pemohon/pasangan mempunyai syarikat | Semakan mendapati pemohon / pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi (SSM) Walau bagaimanapun, pemohon boleh memohon Geran Khas Prihatin (GKP) jika berkelayakan |
Pendapatan melebihi kelayakan | Semakan data agensi mendapati pendapatan bujang / isi rumah melebihi kelayakan |
Menetap luar negara | Pemohon berada di luar negara |
Artikel berkaitan
Bagi mereka yang menepati syarat kelayakan tetapi tidak tersenarai sebagai penerima, sila lakukan permohonan baru atau permohonan rayuan di aplikasi yang sama bermula 3 April 2020
Permohonan Baru dan Rayuan BPN
Dibuka | Ditutup |
Mulai 1 April 2020 | (Permohonan rayuan melalui emel dan kaunter LHDN dilanjutkan sehingga 31 Mei 2020) |
Pemohon yang permohonannya tidak diluluskan boleh datang sendiri ke kaunter LHDN untuk membuat rayuan bermula pada Isnin, 11 Mei 2020 atau 12 Mei 2020 (bagi negeri yang bercuti esok) |
Selain itu, pemohon juga boleh menghantar emel ke [email protected] |
Borang Permoohonan Rayuan |
Borang Rayuan / Pengakuan BPN |
Borang Permohonan BPN |
Panduan Permohonan Rayuan. |
Senarai Dokumen Sokongan |
Soalan Lazim Permohonan Baharu dan Rayuan |
Soalan Lazim Permohonan Baru bagi status tidak lulus |
Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), pemberian bantuan akan menggunakan data yang telah ada di LHDNM sama ada bagi penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini ataupun pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNM. Justeru itu, terdapat dua jenis penerima iaitu:
- Mereka yang TIDAK PERLU membuat permohonan baru:
Isi Rumah RM4,000 ke bawah (B40) | Isi rumah yang merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) |
Isi Rumah RM4,001 – RM8,000 (M40) | Isi rumah yang mempunyai rekod pembayaran cukai yang berdaftar dengan LHDNM |
Bujang RM 2,000 ke bawah | Individu bujang yang merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) |
Bujang RM2,001 – RM4,000 | Individu yang mempunyai rekod pembayaran cukai yang berdaftar dengan LHDNM |
- Mereka yang PERLU membuat permohonan baru:
Isi Rumah RM4,000 ke bawah (B40) | 1. Belum pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau 2. Belum berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri |
Isi Rumah RM4,001 – RM8,000 (M40) | 1. Belum pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau 2. Belum berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri |
Bujang RM 2,000 ke bawah | 1. Belum pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau 2. Belum Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri |
Bujang RM2,001 – RM4,000 | 1. Belum pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau 2. Belum Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri |
Bantuan Pelajar IPT RM200
Para pelajar institusi pengajian tinggi juga akan menerima bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang yang akan dibayar pada bulan Mei 2020. Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM270 juta
Pemberian bantuan adalah melibatkan pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA dan IPTS