PEMULIH:Moratorium Bank Bayaran Balik Pinjaman 6 bulan tanpa syarat

0 598

Di zaman pandemik ini,disebabkan peningkatan kes yang tinggi menyebabkan semua golongan yang terjejas akibat PKP, Perdana Menteri telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi memberi bantuan kepada semua golongan dalam menghadapi kesusahan ketika PKP.

Selain daripada Bantuan Khas Covid-19 (BKC) dan I-Citra KWSP didalam Pakej PEMULIH,Kerajaan dan bank bersetuju untuk melaksanakan Moratorium selama 6 bulan kepada semua pemimjam tanpa syarat.

Baca Juga: Jumlah Bantuan Dan Jadual Bayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

Kelayakan Permohonan Moratorium Bank

Permohonan adalah dibuka tanpa syarat dengan :

  1. Tiada lagi syarat pengurangan pendapatan
  2. Tiada semakan sama ada telah hilang kerja
  3. Tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk memohon
  4. Kemudahan juga ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank

Ini bermaksud, setiap bank boleh dihubungi untuk memudahcara peminjam memohon moratorium automatik.Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan.

Moratorium ini akan diberikan kepada golongan berikut:

  1. B40
  2. M40
  3. T20
  4. Usahawan Mikro

Anda juga boleh baca: I-Citra KWSP:Cara Permohonan Dan Pengeluaran Sehingga RM5,000

Tempoh Moratorium

Kerajaan dan Bank bersetuju untuk memberi Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank selama 6 bulan

Tarikh Permohonan

Permohonan moratorium bagi penangguha pembayaran pinjaman bank ini akan di buka pada:

Tarikh permohonan: 7 Julai 2021

Lain-lain Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman

  1. Kerajaan juga bersetuju menangguhkan bayaran balik pinjaman pelajaran persekutuan di bawah JPA dan bayaran tuntutan ganti rugi penerima biasiswa persekutuan sehingga enam bulan serta menangguhkan bayaran balik pinjaman pelajaran MARA untuk tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman dengan ansuran bulanan serendah RM100 selama 12 bulan.
  2. PTPTN bersetuju memberikan moratorium bersasar selama tiga bulan kepada peminjamnya.
  3. Kerajaan juga bersetuju menangguhkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) selama tiga bulan

Maklumat Lanjut

Sebarang masalah dan maklumat lanjut,boleh rujuk:

Teks ucapan Rasmi Perdana Menteri di pautan berikut: https://www.pmo.gov.my/2021/06/teks-ucapan-pengumuman-khas-pakej-perlindungan-rakyat-dan-pemulihan-ekonomi-pemulih/

Sila Join Channel Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More