Panduan mohon dan semak Status Bantuan Musaadah Khaira PPZ MAIWP
Musaadah Khaira PPZ dibuat dengan menyahut seruan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk melaksanakan #MusaadahCOVID19 dengan menolong golongan yang kurang bernasib baik dan terjejas sepanjang tempoh PKP dijalankan.

Program ini menyediakan bantuan khas kepada keluarga atau individu golongan B40 termasuk peniaga-peniaga kecil dan mereka yang terjejas pendapatan susulan PKP
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, bantuan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia tidak kira latar belakang, bangsa dan juga agama. Menerusi inisiatif ini, permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ yang berjaya akan diberikan bantuan secara sekali bayaran atau ‘one-off’ berjumlah RM300. Bantuan ini amat diperlukan bagi keluarga-keluarga yang terjejas untuk membeli barangan keperluan rumah sepanjang pkp ini.
Cara mohon Bantuan Musaadah Khaira PPZ MAIWP secara Online
KADAR BANTUAN MUSAAADAH KHAIRA PPZ |
RM300 Isi Rumah / Bujang Bantuan ‘one-off’ atau sekali bayaran kepada pemohon yang berkelayakan tanpa mengira bangsa dan agama |
Bantuan Musaadah Khaira PPZ ini akan diberikan sekali sahaja dalam tempoh penularan jangkitan COVID-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang |
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ |
Warganegara Malaysia berumur 20 tahun dan ke atas sahaja |
Golongan B40 iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM4,360 sebulan |
Terjejas atau hilang punca pendapatan disebabkan keadaan semasa (COVID19) |
Peniaga yang tidak lagi dapat berniaga disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) |
Bagi anda yang termasuk dalam kategori di atas, permohonan boleh dilakukan mengikut kaedah permohonan di bawah:
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ |
Dibuka |
1 April 2020 |
Ditutup |
---|
– |
KAEDAH PERMOHONAN BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ |
PPZ-MAIWP telah menyediakan portal khusus untuk membuat permohonan bantuan Musaadah Khaira PPZ secara online atau atas talian iaitu: |
Borang Bantuan Musaadah Khaira PPZ |
Permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ ini akan ditutup sementara bergantung kepada jumlah permohonan yang diterima pada hari tersebut. Sekiranya telah ditutup sementara, usah risau, pemohonan boleh dibuat semula pada keesokan hari bermula jam 7 pagi berdasarkan pengumuman di Facebook Rasmi Khaira PPZ |
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PERMOHONAN |
Salinan Kad Pengenalan (MyKad) |
Bagi Yang Pekerja : Slip Pendapatan / Pengesahan Pendapatan / Pengesahan Pemberhentian Kerja atau Cuti Tanpa Gaji / dikurangkan gaji bulanan |
Bagi Peniaga Kecil / Penjaja : Lesen Perniagaan / Resit Sewa Tapak atau lain-lain dokumen berkaitan |
Akaun Bank / Surat Kuasa : *Sekiranya pemohon tidak mempunyai akaun bank, sila lampirkan Surat Kuasa yang ditandatangani oleh pemohon. Nyatakan nama pasangan atau waris terdekat beserta maklumat akaun di surat kuasa tersebut. |
Dokumen sokongan ini hendaklah dimuatnaik ketika mengisi borang pemohonan secara atas talian dengan mengambil gambar atau imbas (scan) dokumen-dokumen tersebut |
Artikel berkaitan
Panduan Membuat Permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ MAIWP
Disini pihak PPZ-MAIWP telah menyediakan infograpic bagi memudahkan orang ramai memohon:
Cara Semak Status Bantuan Musaadah Khaira PPZ MAIWP
Seperti yang kita tahu,bayaran bantuan akan disalurkan dalam tempoh tujuh (7 hari dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap secara Electric Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak.
TARIKH RASMI SEMAKAN STATUS BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ |
Dibuka |
1 April 2020 |
Ditutup |
---|
– |
KAEDAH SEMAKAN STATUS BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ |
Semakan status Bantuan Musaadah Khaira PPZ |
Semakan Status Musaadah Khaira PPZ |
CARA MEMBUAT SEMAKAN BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ |
Masukkan nombor Kad Pengenalan (IC) |
Klik Semak Status |
Keputusan permohonan dan status akan dipaparkan |
PERMOHONAN YANG AKAN DITOLAK / STATUS TIDAK LENGKAP |
Berdasarkan Facebook Rasmi Khaira PPZ, berikut adalah keterangan permohonan yang akan ditolak/status tidak lengkap: |
Slip gaji tidak jelas / Nama majikan tidak jelas |
Tiada dokumen yang merujuk kepada pemohon terkesan semasa PKP / B40 |
Tidak mengisytiharkan maklumat pasangan dan tanggungan dengan jelas |
Dokumen yang dilampirkan tidak lengkap atau tidak berkaitan |
Tiada bukti tanggungan seperti salinan kad pengenalan tanggungan |
Tiada dokumen sokongan bagi yang menjalankan perniagaan kecil / penjaja |
Memuat naik lampiran yang salah dan tidak jelas (kabur) |
Memuat naik lampiran di ruang / bahagian yang salah |
Justeru adalah penting bagi pemohon untuk melengkapkan permohonan dengan dokumen-dokumen sokongan yang kukuh sepertu di bawah: |
CONTOH DOKUMEN BERKAITAN MENGIKUT SEKTOR PEKERJAAN |
Peniaga kecil / peniaga pasar / bekerja sendiri / bekerja kampung / tiada slip gaji : |
Surat Akuan Sumpah |
Surat Pengesahan / Sokongan Ketua Kampung atau yang diberi kuasa |
Permit berniaga / Lesen perniagaan / Gambar gerai atau premis |
Penyata bank yang tertera transaksi yang berkaitan / Resit sewa tapak atau resit pembelian barang jualan |
Lesen berniaga / Sijil SSM |
E-hailing / ejen jualan langsung / gaji hari / komisen / majikan industri non-essential |
Tangkap layar (Screenshot) atau Profil pengguna di aplikasi online / komisen diterima |
Tangkap layar (Screenshot) penyata gaji dari majikan |
Slip gaji tertera nama majikan |
Slip gaji, bukti terkesan dari bencana COVID-19 seperti surat pengesahan dari majikan jika diberhentikan / digantung / diberi cuti tanpa gaji dan sebagainya |
Maklumat Lanjut:
sila layari Facebook Rasmi Musaadah Khaira PPZ seperti pautan di bawah
Facebook Musaadah Khaira PPZ |
Facebook Musaadah Khaira PPZ |