MySTEP 2022:Kadar Upah dan bayaran,Senarai kemudahan dan cara permohonan

MySTEP 2022.Seperti Kita sudah sedia maklum inisiatif MySTEP telah di umumkan sebelum ini di pembentangan Belanjawan 2021.Inisiatif ini adalah langkah jangka pendek untuk menangani isu pengangguran, membantu meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada rakyat yang seterusnya akan membantu Kerajaan dalam mempercepatkan pemulihan ekonomi domestik secara amnya.

Inisiatif ‘Malaysia Short-term Employment Programme’ atau MySTEP bakal diteruskan lagi pada tahun 2022 dengan penyediaan 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak merangkumi 50,000 pekerjaan dalam sektor awam dan 30,000 pekerjaan dalam syarikat berkaitan kerajaan mulai Januari 2022.

Di bawah kami kongsikan Maklumat lebih lanjut mengenai Inisiatif program MySTEP pada tahun 2022.

Maklumat MySTEP

MySTEP adalah program diumumkan oleh YB Menteri Kewangan yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya​.

Terdapat dua saluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu:

  1. Penempatan di Sektor Awam
  2. Penempatan di GLCs and rakan strategiknya

Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP

Berikut adalah tempoh kontrak:

Sektor AwamGLCs dan Rakan Strategiknya
1 – 12 Bulan6 – 12 Bulan

Personel MySTEP boleh dilantik untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan sesuai dengan keperluan Kementerian / Jabatan / GLC / Rakan Strategik.​

Kadar bayaran/upah Bulanan

Kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang dikehendaki oleh Kementerian / Jabatan / GLC / Rakan Strategik:

  1. Setaraf Ijazah Sarjana Muda: RM2,000
  2. Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia: RM1,800
  3. Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia: RM1,600
  4. Tiada Sijil Pelajaran Malaysia: RM1,400

*Nota: Kadar sebenar tertakluk kepada setiap program penempatan GLC.​

  • Penempatan perolehan perkhidmatan Personel MySTEP adalah berdasarkan output dan tidak tertakluk kepada waktu/ tempat/ jadual bertugas seperti pegawai awam.​
    1. Bagi GLC, penempatan adalah berdasarkan kepada struktur program penempatan GLC masing-masing.
  • Personel MySTEP yang ditempatkan di sektor awam tidak tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Awam 2012, Perintah-Perintah Am atau peraturan-peraturan yang berkuatkuasa ke atas pegawai awam.​

Senarai Kemudahan yang di sediakan

Antara kemudahan yang di berikan kepada personel MySTEP seperti berikut:

  1. Cuti Rehat: 12 hari setahun – Tertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing
  2. Cuti Sakit: 14 hari setahun – tertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing
  3. Perlindungan Sosial: Caruman KWSP dan PERKESO – Caruman KWSP dan PERKESO jika berkenaan

Kelayakan permohonan

Mereka yang layak memohon adalah:

1.Sektor Awam

  • Warganegara Malaysia
  • 18 tahun keatas
  • Lepasan Sekolah/ Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas
  • Menganggur

2.GLCs dan Rakan Strategiknya

  • Warganegara Malaysia
  • 18 tahun keatas
  • Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas
  • Menganggur

Cara memohon MysTEP MySTEP 2022

Untuk memohon jawatan yang di tawarkan sepanjang tahun 2021 dan 2022,anda boleh boleh melihat iklan dari agensi kerajaan dan GLC yang terlibat dari masa ke semasa.

Permohonan boleh dibuat secara terus kepada kementerian atau GLC yang mengambil bahagian.​

Senarai kekosongan boleh dijumpa melalui pautan berikut:.

  1. Permodalan Nasional Berhad (PNB)​
  2. Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)​
  3. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja / Employees Provident Fund

Boleh lihat iklan-iklan terkini di bawah:

1.IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MySTEP) TAHUN 2022 DI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA

Rujuk iklan jawatan di bawah:

mystep jabatan kehakiman syariah

2. IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MySTEP) TAHUN 2022 DI PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PTPK)

Boleh baca maklumat lanjut: MYSTEP PTPK: Cara Mohon Kerja Dan Kelayakan Permohonan

Kepada yang layak dan berminat,boleh menghantar permohonan dan resume kepada emel yang di paparkan

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh rujuk maklumat MySTEP melalui pautan di bawah:

http://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/mystep

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Sila Share Artikel Ini Dahulu Kepada Rakan Anda yang Belum Tahu!

X