MySTEP 2023.Seperti Kita sudah sedia maklum inisiatif MySTEP di teruskan lagi dalam pembentangan Belanjawan 2022.Inisiatif ini adalah langkah jangka pendek untuk menangani isu pengangguran, membantu meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada rakyat yang seterusnya akan membantu Kerajaan dalam mempercepatkan pemulihan ekonomi domestik secara amnya.
Inisiatif ‘Malaysia Short-term Employment Programme’ atau MySTEP bakal diteruskan lagi pada tahun 2023 dengan penyediaan 50,000 peluang pekerjaan secara kontrak merangkumi 15,000 pekerjaan dalam sektor awam dan 35,000 pekerjaan dalam syarikat berkaitan kerajaan mulai Januari 2023.
Selain itu, gaji MySTEP akan dinaikkan sebanyak RM100 iaitu antara RM1,500 hingga RM2,100, berbanding RM1,400 hingga RM2,000.
Di bawah kami kongsikan Maklumat lebih lanjut mengenai Inisiatif program MySTEP pada tahun 2023.
Maklumat MySTEP
MySTEP adalah program diumumkan oleh YB Menteri Kewangan yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya.
Terdapat dua saluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu:
- Penempatan di Sektor Awam
- Penempatan di GLCs and rakan strategiknya
Bagi tahun 2022, inisiatif dengan nilai RM1.8 bilion ini menawarkan 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak (50,000 peluang pekerjaan dalam sektor awam dan 30,000 peluang pekerjaan dalam GLC serta rakan-rakan strategik).
Di samping itu, dalam memastikan golongan OKU tidak dipinggirkan, Kerajaan turut mengumumkan kuota khas sebanyak satu (1) peratus kepada golongan OKU di dalam Sektor Awam / GLC / GLIC dan Rakan Strategik.
Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP
Berikut adalah tempoh kontrak:
Sektor Awam | GLCs dan Rakan Strategiknya |
1 – 12 Bulan | 6 – 12 Bulan |
Personel MySTEP boleh dilantik untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan sesuai dengan keperluan Kementerian / Jabatan / GLC / Rakan Strategik.
Kadar bayaran/upah Bulanan
Kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang dikehendaki oleh Kementerian / Jabatan / GLC / Rakan Strategik:
- Setaraf Ijazah Sarjana Muda: RM2,000
- Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia: RM1,800
- Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia: RM1,600
- Tiada Sijil Pelajaran Malaysia: RM1,400
*Nota: Kadar sebenar tertakluk kepada setiap program penempatan GLC.
- Penempatan perolehan perkhidmatan Personel MySTEP adalah berdasarkan output dan tidak tertakluk kepada waktu/ tempat/ jadual bertugas seperti pegawai awam.
- Bagi GLC, penempatan adalah berdasarkan kepada struktur program penempatan GLC masing-masing.
- Personel MySTEP yang ditempatkan di sektor awam tidak tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Awam 2012, Perintah-Perintah Am atau peraturan-peraturan yang berkuatkuasa ke atas pegawai awam.
Senarai Kemudahan yang di sediakan
Antara kemudahan yang di berikan kepada personel MySTEP seperti berikut:
- Cuti Rehat: 12 hari setahun – Tertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing
- Cuti Sakit: 14 hari setahun – tertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing
- Perlindungan Sosial: Caruman KWSP dan PERKESO – Caruman KWSP dan PERKESO jika berkenaan
Kelayakan permohonan
Mereka yang layak memohon adalah:
1.Sektor Awam
- Warganegara Malaysia
- 18 tahun keatas
- Lepasan Sekolah/ Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas
- Menganggur
2.GLCs dan Rakan Strategiknya
- Warganegara Malaysia
- 18 tahun keatas
- Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas
- Menganggur
Cara memohon MysTEP MySTEP 2022/2023
Untuk memohon jawatan yang di tawarkan sepanjang tahun 2022 dan 2023,anda boleh boleh melihat iklan dari agensi kerajaan dan GLC yang terlibat dari masa ke semasa.
Permohonan boleh dibuat secara terus kepada kementerian atau GLC yang mengambil bahagian.
Boleh baca maklumat lanjut: MYSTEP PTPK: Cara Mohon Kerja Dan Kelayakan Permohonan
Kepada yang layak dan berminat,boleh menghantar permohonan dan resume kepada emel yang di paparkan
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh rujuk maklumat MySTEP melalui pautan di bawah:
https://mystep.mof.gov.my/info