Sila Join Telegram Rasmi PORTAL INFO BANTUAN KERAJAAN.Sebarang kemaskini terbaru,kami akan update di Telegram Rasmi Kami.

MySTEP 2024:Kadar Upah dan bayaran,Senarai kemudahan dan cara permohonan

0 478

MySTEP 2024.Seperti Kita sudah sedia maklum inisiatif MySTEP di teruskan lagi dalam pembentangan Belanjawan 2024.Inisiatif ini adalah langkah jangka pendek untuk menangani isu pengangguran, membantu meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada rakyat yang seterusnya akan membantu Kerajaan dalam mempercepatkan pemulihan ekonomi domestik secara amnya.

Inisiatif ‘Malaysia Short-term Employment Programme’ atau MySTEP bakal diteruskan lagi pada tahun 2024 dengan penyediaan 50,000 peluang pekerjaan secara kontrak merangkumi 15,000 pekerjaan dalam sektor awam dan 35,000 pekerjaan dalam syarikat berkaitan kerajaan mulai Januari 2024.

Untuk makluman bermula tahun 2024, pencari kerja boleh memohon jawatan yang ditawarkan oleh Kementerian dan Agensi Kerajaan dibawah program My Short Term Employment Programme (MySTEP) secara eksklusif di Portal MYFutureJobs!

Di bawah kami kongsikan Maklumat lebih lanjut mengenai Inisiatif program MySTEP pada tahun 2024.

Maklumat MySTEP

MySTEP adalah program diumumkan oleh YB Menteri Kewangan yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya​.

Terdapat dua saluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu:

  1. Penempatan di Sektor Awam
  2. Penempatan di GLCs and rakan strategiknya

Bagi tahun 2022, inisiatif dengan nilai RM1.8 bilion ini menawarkan 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak (50,000 peluang pekerjaan dalam sektor awam dan 30,000 peluang pekerjaan dalam GLC serta rakan-rakan strategik).

Di samping itu, dalam memastikan golongan OKU tidak dipinggirkan, Kerajaan turut mengumumkan kuota khas sebanyak satu (1) peratus kepada golongan OKU di dalam Sektor Awam / GLC / GLIC dan Rakan Strategik.

Berkuatkuasa mulai tahun 2024, permohonan MySTEP dilaksanakan sepenuhnya melalui MYFutureJobs.

Daftar MYFutureJobs dan mohon jawatan MyStep di Kementerian dan Agensi Kerajaan seluruh Malaysia.

Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP

Berikut adalah tempoh kontrak:

  1. Minimum satu (1) bulan dan maksimum dua belas (12) bulan; dan
  2. Tempoh kuatkuasa kontrak tidak melangkau 31 Disember 2024 (Bagi Sektor Awam)

Personel MySTEP boleh dilantik untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan sesuai dengan keperluan Kementerian / Jabatan / GLC / Rakan Strategik.​

Kadar bayaran/upah Bulanan

Kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang dikehendaki oleh Kementerian / Jabatan / GLC / Rakan Strategik:

Jenis / Kompleksiti Tugas Berdasarkan Kesetaraan AkademikKadar Sektor Awam (RM)GLC / GLIC / rakan strategik
Saranan Kadar Minimum*
(RM)
Ijazah Sarjana Muda setaraf dan ke atas2,1002,100
Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia1,9001,900
Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)1,7001,700
Tiada Sijil Pelajaran Malaysia1,5001,500

*Nota: Kadar sebenar tertakluk kepada setiap program penempatan GLC.​

  • Penempatan perolehan perkhidmatan Personel MySTEP adalah berdasarkan output dan tidak tertakluk kepada waktu/ tempat/ jadual bertugas seperti pegawai awam.​
    1. Bagi GLC, penempatan adalah berdasarkan kepada struktur program penempatan GLC masing-masing.
  • Personel MySTEP yang ditempatkan di sektor awam tidak tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Awam 2012, Perintah-Perintah Am atau peraturan-peraturan yang berkuatkuasa ke atas pegawai awam.​

Senarai Kemudahan yang di sediakan

Antara kemudahan yang di berikan kepada personel MySTEP seperti berikut:

  1. Cuti Rehat: 12 hari setahun – Tertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing
  2. Cuti Sakit: 14 hari setahun – tertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing
  3. Perlindungan Sosial: Caruman KWSP dan PERKESO – Caruman KWSP dan PERKESO jika berkenaan

Kelayakan permohonan

Mereka yang layak memohon adalah:

1.Sektor Awam

  • Warganegara Malaysia
  • 18 tahun keatas
  • Lepasan Sekolah/ Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas
  • Menganggur

2.GLCs dan Rakan Strategiknya

  • Warganegara Malaysia
  • 18 tahun keatas
  • Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas
  • Menganggur

Boleh juga baca: Guru Ganti MyStep: Cara Mohon Untuk Sekolah Rendah Dan Menengah 

Cara Mohon MySTEP 2024

Untuk memohon jawatan yang di tawarkan sepanjang 2024,anda boleh memohon jawatan yang ditawarkan oleh Kementerian dan Agensi Kerajaan dibawah program My Short Term Employment Programme (MySTEP) secara eksklusif di Portal MYFutureJobs dari masa ke semasa.

Permohonan boleh dibuat secara terus dengan melayari https://candidates.myfuturejobs.gov.my/ dan taipkan ‘MyStep’ dalam ruang kosong.Anda akan lihat banyak jawatan kosong yang akan dipaparkan

Yang penting,pastikan anda daftar dulu melalui MYFutureJobs dan lengkapkan pendaftaran dan profil anda untuk membuat permohonan pekerjaan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh rujuk maklumat MySTEP melalui pautan di bawah:

https://mystep.mof.gov.my/info

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via